Setelah berlangsung selama empat minggu dengan tiga pusingan, akhirnya lapan orang peserta telah terpilih untuk ke pentas akhir Tulisan Suara 2021 (TUSA 2021). Peringkat akhir yang bakal berlangsung pada hari Ahad, 27 Jun ini akan disiarkan secara langsung di laman web TAPAUasia bermula jam 8 malam.
Lapan finalis yang akan bersaing di pentas akhir adalah Nadarasa (Duo), Ajantaro, Amirsyah, Dekwa,Aus,Umar Akmal, Amer Mustapa dan Fenderzo. Setiap peserta mempunyai kelebihan dan juga keunikan masing-masing dalam menulis lirik dan menggubah lagu.
Para pemenang akan membawa pulang hadiah berupa:
- Tempat Pertama= RM1000+ peluang merakam single di Hazardgeek Records
- Tempat Kedua= RM600
- Tempat Ketiga=RM400
- Tempat Keempat=RM200
Juri Tetap TUSA 2021 ialah Encik Isyam Swardy dari Aswara Music dan juga Anwar Husaini dari Hazardgeek Records. Manakala juri undangan pula akan menampilkan Amir Jahari.
Pentas Akhir TUSA 2021 juga akan menampilkan artis jemputan iaitu Mafidz bagi persembahan istimewa. Jadi tandakan kalendar anda pada hari Ahad, jam 8 malam, eskslusif di TAPAUasia.