Sambutan Hari Valentine 2021 tahun ini disambut meriah oleh peminat-peminat muzik alternatif tempatan bilamana empat band menunjuk belang masing-masing dengan merilis MV secara serentak! PKP 2.0 sememangnya tidak menghalang mereka untuk terus berkarya. Perincian adalah seperti berikut:-
#1 APERFORATEDSPHERE – LOVED
Die hard fans of melodic hardcore shouldn’t miss this!
‘Thank you for loving me when I feel didn’t lovable’. Bait ringkas yang memberi gambaran keseluruhan lagu. Namun janganlah bersedih jika masih keseorangan kerana anda masih boleh enjoy screaming yang padu daripada Afiq Azman, dipadankan dengan clean vocals dari Amirul Nazreen (SERVANTS). Walaupun hanya berdurasi selama tiga minit, dari permulaan lagu lagi telah memberikan pendengar satu kepuasan melalui kehebatan teknik screaming yang diketengahkan bersama corak permainan gitar dan dram yang mantap. Di pertengahan lagu pula telah menyaksikan kreativiti Aperforatedsphere melalui transisi yang lancar dan terus mencapai klimaks lagu dengan breakdown yang catchy. And it’s time to slow the things down melalui outro clean vocals Amirul yang high!
Ikut Aperforatedsphere di Instagram
@𝖆𝖕𝖊𝖗𝖋𝖔𝖗𝖆��𝖊𝖉𝖘𝖕𝖍𝖊𝖗𝖊
#2 SERVANTS – HANDS IN MINE
Sebut sahaja SERVANTS, tidak asing lagi dengan hit I Wish It Was Only You. Band yang juga menjadi finalis pada Anugerah Lagu Indie 2020 yang lepas ini meneruskan momentum hebat dengan merilis sebuah MV yang berjudul Hands In Mine.
Pada pandangan penulis, lagu ini sebuah lagu yang easy listening. Selain vokal yang dilontarkan yang memiliki identiti yang tersendiri malah telah menjalani proses mixing yang sangat baik oleh gitaris mereka, Adam Mohd Rafee. Senang kata, apabila kita dengar sahaja kita tahu itu adalah SERVANTS. Lagu yang berkisarkan tentang hubungan kekasih dan dirilis pada Valentine’s Day adalah tepat sekali. Anda boleh dengarkan di platform Youtube dan subscribe channel mereka.
Ikuti Servants di Instagram
#3 MARGOSA – SUATU YANG TAK PASTI
Penulis tidak mahu para pendengar diluar sana membayangi Margosa ini dengan Sekumpulan Orang Gila (SOG) walaupun lagu ini dihasilkan oleh SOG Productions. Ini kerana adalah Margosa berada dalam kelasnya yang tersendiri!
Idea yang bagus dan menarik kita dapat lihat dalam yang meletakkan vokalis wanita sebagai vokal utama. Alunan piano pada permulaan lagu memberikan penulis goosebumps yang dahsyat. This song can go further! Bagi penulis juga, penyampaian ‘mood’ dalam lagu ini telah berjaya dilaksanakan dengan amat baik. Membuktikan kehebatan SOG Productions dalam proses recording dan mixing. Hardcore boleh, lagu layan perasaan pun nice!
Ikuti Margosa di Instagram:
#4 P1NKCLOUDSUMMER- LEBIH DARIPADA REALITI
Kepakaran SOG Productions sekali lagi terbukti dalam kehebatan karya yang dihasilkan. MV yang sangat ceria yang diselitkan beberapa adegan mencuit hati di penghujung video. Menurut penulis, ‘Vibes’ lagu seperti ini yang kita mahukan. Tercari-cari siang malam, rupanya PinkCloudSummer lah jawapannya. Penulis ingin melihat scene tempatan kembali bangkit menguasai industri muzik Malaysia. Sebagaimana berjayanya lagu Sekumpulan Orang Gila iaitu Terbanglah yang digunakan sebagai soundtrack drama di kaca televisyen yang merupakan langkah dalam mendedahkan lagi karya yang dihasilkan anak tempatan.
Ikuti PinkCloudSummer di Instagram: