Sentimen Kehidupan Dari Lostnotes

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.8K bacaan

Agak terkejut penulis bila mendapat pesanan mesej dari kawan baik di selatan tanah air tentang kedatangan sebuah band yang diberi nama Lostnotes. Mereka baru sahaja melancarkan single pertama di YouTube berjudul Sentimen pada 13/2/2021.

https://youtu.be/e8_XFxhx5JU

Sedikit pengenalan, Lostnotes ialah sebuah band yang dilahirkan di Kluang, Johor dan berpaksikan Alternative Rock. Kenapa Lostnotes? Tanyalah mereka kerana mereka hanya menggunakan bandname generator. Fuhh level lain ni.

Perjalanan seni mereka bermula pada tahun 2018 di mana Acap iaitu frontman dan Anep memegang posisi gitaris berjumpa di Politeknik Mersing dan Amjad sebagai bassist bertemu dengan Paan iaitu drummer pada zaman sekolah di SMK Seri Lalang. Sebelum ini mereka pernah mengeluarkan sebuah demo bertajuk Takdir pada tahun 2020 dan kini mereka tampil dengan single pertama iaitu Sentimen.

Cukup sudah pengenalan band ini. Marilah kita melihat tentang material pertama mereka ini. Seperti biasa, penulis akan membedah siasat single mereka dari sudut bunyian, susunan muzik, lirik, dan kualiti.

Kita mulakan dengan sudut bunyi. Sejujurnya penulis agak terkesima dengan tone guitar yang disampaikan iaitu ketat dan padat. Dari sudut bass, bunyian yang digarap sangat baik dan gebu seperti gula-gula kapas dan semestinya paluan drum yang tepat dan berlemak di bahagian snare. Dari sudut vokal juga penulis merasakan penyanyi mereka tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu ini dengan baik. Tidak dilupakan, bunyi synth yang dipersembahkan juga menarik perhatian penulis serta hentakan post fx yang jitu tepat pada sasaran. Entah mengapa penulis merasakan ini merupakan bunyian yang segar ibarat menikmati kopi yang penuh dengan rasa di pagi hari.

Yang kedua, kita pergi ke sudut susunan lagu. Sepanjang bedah siasat, penulis mendapati terdapat banyak elemen yang tidak dijangka seperti suntikan DNA dari elemen J-Rock dalam lagu ini dan solo gitar juga turut memberi impak yang baik. Fuhh, boleh dijadikan OST Anime atau Filem yang melibatkan genre kehidupan. Single ini juga memberi bayangan muzik di masa hadapan dan muzik sebegini mampu dijadikan sebuah trend dalam beberapa tahun yang mendatang. Cuma sedikit kekecewaan dari penulis kerana minit lagu mereka yang agak panjang iaitu 5 minit kerana pada pendapat penulis, lagu ini seharusnya berlangsung dalam masa 3 minit sahaja agar lebih padat dan punchy. Namun tidak mengapa. Penulis menemui sebuah kepuasan apabila mendengar single ini.

Seterusnya, kita ke sudut lirik. Jika diamati betul-betul, single ini mengisahkan tentang seseorang yang terlalu nervous dan dia cuba untuk bertenang lalu meneruskan perjalanan walau banyak halangan yang akan ditempuhi. Penulis merasakan lagu ini sangat sesuai didengari di saat kita dalam ketakutan dan overthinking tentang apa yang bakal ditempuhi. Liriknya straight forward dan tidak terlalu berbunga tetapi di sini penulis ingin menyatakan mereka telah menunjukkan sebuah usaha yang baik dalam penulisan lirik dan sesuai didengari oleh semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh, bait lirik di bahagian pra korus iaitu “Wahai hati usah kau bimbang/ Akan ku pejam biar kau tenang.” Fuhh penulis terkesima di bahagian tersebut yang mencengkam tepat pada waktunya.

Bahagian terakhir adalah kualiti. Tahniah kepada Spunkdok HQ, sebuah studio rakaman yang masih baru di Johor Bahru tetapi kualiti yang disampaikan sangat baik. Adunan dan mastering yang sekata dan mereka ini mampu menghasilkan sebuah produk yang bagus dan cukup lemak di setiap sudut. Ternyata Spunkdok sangat professional dan cara kerja mereka kemas dan teliti. Tahniah sekali lagi buat Marzuki Munir dan Zarif Muazzam kerana anda merupakan produser yang berpotensi untuk berdiri sebaris dengan produser terkemuka yang lain di Malaysia. Semoga kalian terus maju bagaikan helang yang terbang tinggi. Buat yang berada di negeri Johor dan ingin mendapatkan hasil yang baik, kalian boleh hubungi mereka di Instagram dengan lebih lanjut.

Konklusinya, Sentimen merupakan kickstart yang baik dari Lostnotes dan mampu bersaing secara sihat bersama produk yang lain di luar sana. Tahniah dan syabas buat kalian. Teruskan perjuangan dan penulis mendoakan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Penulis tidak sabar untuk mendapatkan material yang terbaru dari mereka kerana mereka dalam proses untuk menyelesaikan EP mereka yang pertama bersama Spunkdok HQ. Adios!!!

Ikuti Lostnotes dan Spunkdok HQ di:

Lostnotes:
Instagram

Youtube

Spunkdok HQ:
Facebook
Instagram
Youtube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅