41 Tahun: Just One Night Masih Pilihan Pendengar

oleh Azam Gilmour
1K bacaan

Just One Night, merupakan sebuah album berkembar, dirakamkan secara langsung (live) di Budokan Theater, Tokyo, Jepun, pada bulan Disember 1979 ketika Eric Clapton menjelajah mempromosikan album terbaharunya ketika itu Backless. Jika kalian membeli album ini, kalian boleh melihat seni lukis Jepun oleh Ken Konno. Album berkembar ini berjaya menduduki tangga ke-2 di US dan ke-3 di UK, dan diiktiraf emas oleh RIAA.

Majalah Ultimate Classic Rock meletakkan album ini dalam Top 100 Live Albums mereka, dan album ini mendapat pujian tinggi kerana kualiti rakaman setanding dengan rakaman studio.

Menampilkan 14 lagu, termasuk beberapa lagu dari album terbaharunya ketika itu, dan beberapa lagu lama yang lain seperti Lay Down Sally, Wonderful Tonight, After Midnight dan Cocaine.

Just One Night menyambut ulangtahun ke-41 hari ini.

#AzamGilmour#MusicAddictsMalaysia#MAMY#AnniversaryAlbum#EricClapton #JustOneNight #LiveAlbum

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅