Temple of the Dog: Sebuah Album Tribute Kepada Andrew Wood

oleh Azam Gilmour
889 bacaan

Temple of the Dog dilancarkan hari ini pada tahun 1991. Sebuah band supergroup US yang ditubuhkan di Seattle, Washington pada 1990 oleh Chris Cornell (Soundgarden), Jeff Ament, gitaris (bekas Mother Love Bone dan kemudian menubuhkan Pearl Jam), Mike McCready, gitaris utama (Pearl Jam) dan Matt Cameron (Soundgarden dan kemudian menyertai Pearl Jam) sebagai pemain dram.

Selain itu, Eddie Vedder juga turut menyumbangkan beberapa vokal utama dan vokal untuk TOTD. Cornell menubuhkan band ini dengan tujuan memberi penghormatan buat sahabatnya, Andrew Wood (Malfunkshun dan Mother Love Bone).

Temple of the Dog merupakan satu-satunya album mereka. Mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan bersama produser, Rakesh Parashar. Jualan album ini kurang memberansangkan pada awal dilancarkan.

Album ini mula dicari peminat selepas Eddie Vedder, Jeff Ament, Stone Gossard, dan Mike McCready menubuhkan Pearl Jam. Matt Cameron kemudian menyertai Pearl Jam pada 1998 dan terus menjadi pemain dram tetap bersama mereka.

Pada 2016, Temple of the Dog menjelajah sempena sambutan Ulangtahun ke-25 satu-satunya album mereka itu, dan hari ini genap 30 tahun usia album ini. Siapa ada album ini? Kongsikan.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #TempleOfTheDog #DebutAlbum #Grunge

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅