Fear of a Blank Planet, album ke-9 band progressive rock dari British, Porcupine Tree menyambut ulangtahun ke-14 hari ini. Album ini merupakan salah sebuah album terlaris mereka ketika itu. Dilancarkan hari ini di UK dan seluruh Eropah oleh Roadrunner Records, dan seminggu selepas itu dilancarkan di US melalui label Atlantic.
Steven Wilson memberitahu, tajuk album ini dirujuk terus kepada album Fear of the Black Planet oleh Public Enemy yang dilancarkan pada 1990, di mana album itu menceritakan tentang isu perkauman dan ketakutan kehilangan generasi muda ketika itu dengan pelbagai ancaman terhadap mental dan sosial, sebagai contoh: pecah rumah, penggunaan narkotik berlebihan; atau bermaksud kepada “kekosongan mental dan rohani.”
Konsep album ini mempunyai pengaruh berat dari novel Lunar Park, tulisan Bret Easton Ellis. Novel ini mengikut perspektif seorang bapa, dan album ini pula mengikut perspektif dari seorang anak, seorang anak lelaki berusia 11 tahun dengan nama Robby. Kebanyakan lirik dari album ini digunakan terus dari novel, sebagai contoh dalam lagu My Ashes, yang merupakan satu penghormatan kepada bab terakhir novel, dimana abu ayah penulis novel tadi tersebar dan menutupi kenangan hidupnya.
Fear of a Blank Planet menduduki hampir semua carta rasmi di Eropah, termasuk carta Billboard 200 di US di tangga ke-59. Dianugerahkan Album of the Year oleh majalah Classic Rock pada 2007.
Album yang mengandungi enam buah lagu ini dikeluarkan dalam dua versi, satu versi biasa dan satu versi 2 CD, yang menampilkan stereo dan 5.1 Surround Sound dan 40 muka surat booklet. Edisi terhad ini hanya dilancarkan 10,000 salinan dan habis dijual pada hari yang sama.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #PorcupineTree #FearOfTheBlankPlanet