Evil Empire : Album Berunsur Politik Dan Falsafah

oleh Azam Gilmour
542 bacaan

25 tahun lalu, Rage Against the Machine lancarkan Evil Empire. Tajuknya merujuk kepada istilah yang digunakan pada awal 1980-an oleh Presiden Ronald Reagan bersama konservatif US, yang menggambarkan bekas Kesatuan Soviet.

Kulit album Evil Empire menunjukkan gambar buku komik hero Crimebuster oleh Mel Ramos, yang sudah diubah dengan huruf “E” menjadi huruf kecil “e.” Beberapa tema lain juga dicipta oleh Barbara Kruger, dan beberapa hasil tangannya dimasukkan ke dalam klip video Bulls On Parade.

Kalau kalian ada album ini, dalam booklet banyak mereka kongsikan pelbagai buku berunsurkan politik dan falsafah. Di antaranya adalah A People’s History of the United States oleh Howard Zinn, Capital, Volume I oleh Karl Marx, A Portrait of the Artist as a Young Man oleh James Joyce, The Anarchist Cookbook oleh William Powell, Guerrilla Warfare oleh Che Guevara, dan banyak lagi.

#AzamGilmour#MusicAddictsMalaysia#MAMY#AnniversaryAlbum #RageAgainstTheMachine #RATM #EvilEmpire

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅