41 Tahun Leave Home Masih Pilihan Peminat Ramones.

oleh Azam Gilmour
340 views

Leave Home merupakan album studio kedua band punk rock US, Ramones. Dilancarkan pada 10 Januari 1977, 44 tahun yang lalu melalui Sire Records, dan versi “Expanded” dilancarkan melalui Rhino Entertainment pada 19 Jun 2001.

Lagu-lagu di dalam Leave Home ditulis sejurus selepas proses penulisan album pertama, yang menunjukkan perkembangan band.

Leave Home adalah sebuah album yang nilai produksinya lebih tinggi berbanding album pertama mereka, Ramones, dan album ini juga mempunyai tempo yang lebih laju berbanding album sebelumnya.

Gambar dikulit hadapan diambil oleh Moshe Brakha manakala gambar di bahagian belakang kulit album dicipta oleh Arturo Vega.

Album ini mengeluarkan tiga singles; I Remember You, Swallow My Pride dan Carbona Not Glue, tetapi hanya satu lagu yang memasuki carta. Jelajah untuk mempromosi album ini diikuti dengan beberapa konsert di US dan Eropah.

Siapa yang masih simpan dan dengar album yang sudah berusia 41 tahun ni?

#AzamGilmour#MusicAddictsMalaysia#MAMY #Ramones #LeaveHome #44thAnniversary #AnniversaryAlbum #PunkRock

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati