Kings of Leon umum album kelapan mereka, When You See Yourself dan kongsi dua trek baharu semalam. Siapa sudah dengar? Siapa teruja? Salah satu band kesukaan penulis juga ni. Band dari Nashville, USA ini sudahpun berkongsi pelbagai klu di media sosial mereka sejak bulan Mac tahun lalu lagi.
Empat bersaudara itu mengumumkan album baharu mereka dalam bentuk surat kejutan bersama t-shirt yang dihantar kepada peminat dan mendedahkan senarai lagu dan beberapa lirik lagu. When You See Yourself akan dilancarkan pada 5 Mac 2021 ini melalui RCA Records, dan menggunakan khidmat produser Markus Dravs (Arcade Fire, Coldplay).
Dua lagu baharu itu adalah The Bandit dan 100,000 People, kalian boleh dengarkan di pautan dibawah.
Senarai lagu dalam When You See Yourself:
Feel The Way You Do, Spin It Like We Can, Dancing In Your Head dan banyak lagi yang telah mereka kongsikan di media sosial mereka sebelum ini bukanlah tajuk sebenar lagu-lagu mereka. Mungkin serpihan lirik, atau tiada kaitan dengan lagu baharu mereka.
Kings of Leon juga melancarkan beberapa barangan (merch) di laman sesawang mereka kingsofleon.com, dengan 100 peratus hasil dari jualan itu akan disalurkan terus kepada Crew Nation Live Nation, yang bertujuan membantu kru-kru muzik langsung (live music crew), yang berjuang dalam menghadapi wabak coronavirus. Hero T-Shirt dan beberapa barangan lain boleh dibeli sehingga 15 Januari 2021 ini.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #KingsOfLeon #WhenYouSeeYourself #NewAlbum #NewRelease