Mascot, sebuah nama yang kian melonjak naik akibat daripada ledakan EP pertama mereka berjudul Penutup yang telah diterbitkan pada Mac tahun ini. Setelah beberapa ketika mewarnai sirkit gig tempatan, nama mereka mula dikenali dalam kalangan penikmat muzik tempatan. Mascot juga pernah berada di tempat kedua Carta Indie Kita stesen radio Rakita menunjukkan bahawa indikator progres mereka berjaya dinaikkan secara perlahan-lahan dan konsisten.
Unit ini terus menambat hati ramai lagi pendengar dengan terbitan terbaharu mereka, album berskala penuh yang diberi tajuk Permulaan dan meletakkan genre midwest emo sebagai paksi. Memuatkan sebanyak 10 buah trek termasuk instrumental, naskah ini pasti mampu membuatkan anda jatuh cinta kepada band ini. Dengan menjadikan Tiny Moving Parts sebagai titik rujukan, Mascot berjaya tampil dengan bergaya melalui album ini.
Jika dalam EP Penutup, Aiman selaku vokalis utama menjadi tulang belakang bagi kesemua trek, ini kerana Mascot ketika itu masih one-man band. Namun untuk album baharu ini, Zi dan Izz telah mengisi kekosongan bagi posisi gitar utama dan bass.
Berikut adalah 5 pilihan lagu oleh Mascot berdasarkan EP dan album yang telah diriliskan:
- Pulang
Menurut Aiman, lagu ini ditujukan khas kepada mereka yang sedang melalui pengalaman cinta jarak jauh. Apa yang menarik hati penulis adalah bait lirik “Oh, sayang..jangan lupakan aku. Adakah langit di sana sama?.” Ia merupakan refleksi kepada sesiapa sahaja yang merindui keluarga mahupun pasangan yang tersayang.
- Lupa
Bagi penulis lagu ini seakan kesinambungan kepada lagu Pulang. Masih mengetengahkan tema Long-Distance Relationship. Menerusi hantaran IG Story Aiman, lagu ini menceritakan tentang sepasang kekasih yang berjauhan namun akan mencari jalan untuk bertemu walau sesukar mana pun. Lirik yang ringkas dan cukup bermakna jika dihayati. - Gerhana
Lagu yang menampilkan Zi sebagai vokal utama. Kali pertama mendengarnya penulis berasa “Sedap beb suara Zi ni!.” Trek ketujuh dalam album Permulaan ini boleh dikatakan paling midwest lah! Dengan intro gitar yang mencampur-adukkan teknik strumming dan picking serta elemen palm-mute dengan baik membuatkan penulis melekat dengan komposisinya. - Faham
Lagu ini dipertaruhkan dalam trek ketiga album Pemulaan. Lagu yang mengisahkan tentang seseorang yang berasa jauh dan kecil. Liriknya meluahkan tentang perasaan apabila tidak diendahkan. Bagi penulis lagu ini sangatlah menarik jika dinyanyikan bersama di venue gig dan showcase bersama-sama penonton. Rancak dan bertenaga jika diimbas kembali persembahan live mereka di MY Studio. - Teruskan
Trek yang turut diambil dari album Permulaan. Trek ini sangat hype jika diperdengarkan sebagai lagu terakhir sewaktu persembahan kerana jika didengar melalui versi studio, terdapat voice over oleh Aiman yang berterima kasih kepada crowd atas pelancaran album ini dengan jayanya. Sekalung tahniah buat semua yang terlibat dalam penghasilan album ini. Selamat datang juga kepada Eli yang baru sahaja beberapa hari menyertai Mascot sebagai pemain dram. Selamat tinggal Mackie! Ayuh dengarkan album Permulaan di pautan berikut.
Ikuti Mascot di pautan: