Setelah lima tahun ditubuhkan, unit blues rock Merchants of Mercury (MOM) akhirnya meluncur video muzik (MV) pertama mereka, Kopi pada 27 Ogos 2022 dengan durasi 5 minit 16 saat di YouTube Merchants of Mercury TV.
Kopi adalah reaksi mereka terhadap isu rasuah yang telah lama melanda negara dan kembali menjadi tumpuan berikutan beberapa kes berprofil tinggi baru-baru ini, selain tempoh kegelisahan politik yang panjang.
MOM diasaskan pada tahun 2017 oleh empat rakan yang belajar di universiti yang sama (UiTM Melaka, Alor Gajah) dan berkongsi minat muzik yang sama. Band ini melabelkan genre muzik mereka sebagai hard rock tetapi berakar umbi daripada genre yang lebih klasik seperti blues, soul, dan country.
Kopi dipilih sebagai single rasmi pertama untuk kumpulan ini memandangkan kami mahu memberi impak yang besar kepada penonton Malaysia susulan berita terkini mengenai politik di negara ini sebagai satu tanda hitam di dalam negara.
Kemunculan MOM membawa kesegaran dalam ranah muzik alternatif tempatan dengan jenama blues rock yang berat, luar daripada kebiasaan serta tema lirikal yang menyentuh pelbagai topik yang dekat di hati rakyat, tetapi kurang disampaikan dalam bentuk lagu.
Kau mahu rentas,
Naik pentas,
Cepat cantas,
Pandai kipas,
Jadi barua.
Menurut mereka lagi, MOM telah mencipta beberapa lagu dan sengaja menyembunyikannya terlebih dahulu. “Ini adalah lima lagu yang pada asalnya kami mahu keluarkan dan ia dalam bahasa Inggeris jadi kami rasa orang akan dapat menilai dengan lebih jelas dari mana muzik kami berasal.”
MV Kopi yang menggunakan fomat menegak juga adalah sesuatu yang unik, tambahan lagi ia dirakam secara mentah dari perspektif perasuah dan ahli keluarga mereka yang menerima bahana daripada perbuatan terkutuk tersebut. Pesan MOM, sila tonton video ini di telefon pintar masing-masing untuk pengalaman terbaik.
MOM dianggotai oleh:
Khid Buck – Gitar dan vokal
Iddin – Gitar
Pyam – Bass
Fattah – Dram
Ikuti perjalanan muzik mereka di pautan: