5 Sebab Korang Kena Hadir ke Tamasya Anak Muda: Pesta Jiwa Rakyat

oleh Rahmat Mohd Did
656 bacaan

Membuka lembaran tahun baharu, Luncai Emas Sdn. Bhd. dengan bangganya bakal menganjurkan Tamasya Fest: Pesta Jiwa Rakyat pada 5 hingga 6 Januari 2024. Dengan slogan “Moderen itu bukan kebaratan, tradisi tidak bererti kolot,” festival ini bukan sahaja menawarkan persembahan artis pada 6 Januari, tetapi juga pameran kebudayaan, pasar lokal dan persembahan jalanan yang memukau sepanjang dua hari acara. Ini lima sebab mengapa korang perlu jadi sebahagian daripada tamasya ini nanti:

1. Gabungan artis legenda dan bakat baharu yang luar biasa

Kali terakhir Dato’ M. Nasir berpentas bersama anak muda adalah sewaktu festival Hausboom 2023 September lepas. Dengar kata ramai yang terpegun dan tidak puas. Jadi, sudah tiba masanya untuk meneruskan keinzalan jenama muzikal nusantara gaya beliau di festival terbaharu ini bersama nama-nama baharu yang semakin meningkat naik. Sebagai headliner, sudah tentu persembahan beliau kali ini lebih lama berbanding yang lain. Nama-nama lain yang terpapar di poster juga mempunyai identiti tersendiri walaupun berlainan nuansa menjadikan festival ini penuh variasi dan warna-warni.

2. Harga tiket mampu milik

Harga tiket early bird hanya RM157 diikuti diskaun istimewa RM177 memang ternyata berbaloi dengan 10 aksi pelbagai variasi yang ditawarkan. Jika korang terlepas promosi ini, masih anda tiket normal yang berharga RM207 di sini. Dengar cerita sudah tak banyak yang tinggal, pastikan korang dapatkan segera sebelum kehabisan!

3. Lokasi yang selesa dan strategik

JioSpace, Petaling Jaya merupakan venue baharu yang sangat selesa dilengkapi sistem audio yang menggegar. Lokasinya juga sangat strategik dan mudah diakses. Pentas ini telah menyaksikan ramai artis ternama lokal dan antarabangsa seperti Tinariwen, Sekumpulan Orang Gila, Bittersweet, Joe Flizzow dan banyak lagi membuat persembahan ikonik mereka yang meninggalkan memori manis kepada peminat. Selain itu, JioSpace juga menempatkan pelbagai restoran menarik serta akses tandas dan surau yang selesa.

4. Kejutan istimewa

Sebahagian artis yang beraksi di Tamasya Anak Muda nanti bakal mengeluarkan material terbaharu mereka. Sebagai contoh, Satwo dengan album perdana dan Arish Mikael dengan single pertama. Sudah tentu peminat yang hadir dapat menikmati lagu-lagu segar ini dimainkan secara langsung buat pertama kali di sana. Boleh jadi nama-lain juga ada kejutan yang tersendiri. Siapa tahu? Kenalah datang dan saksikan sendiri.

5. Bukan sekadar muzik

Sesuai dengan slogan “Moderen itu bukan kebaratan, tradisi tidak bererti kolot,” Tamasya Anak Muda: Pesta Jiwa Rakyat menerapkan visi menghargai tradisi sambil meraikan kemodenan. Selain konsert epik dibarisi nama-nama besar lama dan baharu, festival yang berlangsung selama dua hari ini juga turut menawarkan pameran kebudayaan, pasar lokal dan persembahan jalanan yang boleh dinikmati bersama kesemua yang hadir. Pelbagai pengisian telah dirancang oleh penganjur untuk menjadikan acara ini mampu mengisi jiwa dan halwa telinga peminat-peminat muzik dan budaya tempatan. Paling penting, pasar seni dan segala aktiviti ini di luar pentas adalah percuma! Pastikan korang hadir dan jadi sebahagian daripada sejarah ini.


Informasi

Tamasya Anak Muda: Pesta Jiwa Rakyat

Tarikh: 5-6 Januari 2023

Tempat: JioSpace, Petaling Jaya

Penganjur: Luncai Emas Sdn Bhd

Artis: Dato’ M. Nasir, Amir Jahari, Arish Mikael, Pitahati, Iqbal M., Satwo, Margasatwa, Leaism, Fazleena & The Lasykar, Jemput Dengar

Tiket: https://jiotix.asia/events/tamasya-anak-muda-pesta-jiwa-rakyat

Media sosial: Instagram | Facebook | X

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅