Oleh: Shafinaz.AS
Minggu lalu saya telah menyaksikan kumpulan alternatif dari negara jiran iaitu Hindia yang telah memberi kejutan luar biasa buat para peminatnya di Zepp, Kuala Lumpur. TAPAUasia selaku penganjur telah berkerjasama dengan Here Comes The Sun Eater (HCTS) bagi membawa artis-artis dari seberang untuk bersatu dengan bakal lokal di mana para peminat disajikan dengan kumpulan .Feast (Indonesia), Midnight Fusic (Malaysia), Mantra Vutura (Indonesia) dan Hindia (Indonesia).
TAPAUasia telah membawa pengalaman yang cukup luar biasa buat para peminat mereka terutama di Malaysia di mana ini merupakan penganjuran kali pertama HCTS yang dibuat secara kolaborasi dengan TAPAUasia. Konsert ini telah membuka ruang buat para anak muda di Malaysia untuk merasai sendiri suasana bukan sahaja dari segi kepuasan audio, malah pertunjukan visual yang memukau serta persembahan yang sangat hebat.
Penonton dihidangkan campuran genre yang eklektik, membuktikan bahawa muzik benar-benar tidak mengenal batasan. Pengalaman yang cukup luar biasa ini telah meninggalkan kesan buat para peminat di mana mereka begitu teruja dan merasakan bahawa Tapau Asia perlu mengadakan acara ini setiap tahun.
Rata-rata para pengunjung yang hadir menzahirkan rasa puas hati kepada penganjur kerana ini merupakan konsert yang sangat luar biasa dan tidak terlupakan oleh mereka. TAPAUasia berjaya mencuri hati para peminat mereka dengan menghadirkan barisan idolah yang lama sudah mereka nantikan.
Tami, penonton yang datang jauh dari Indonesia menyatakan keasyikan beliau menonton band kesayangannya di Malaysia.
“TAPAUasia and HCTS are so amazing. The best venue I’ve ever been to watch concert. Suara sangat jernih. Vibes penonton pun sangat luar biasa bersemangat. Dan yang pasti aku sangat enjoy menikmati acara TAPAUasia kemarin. Semoga tahun depan ada lagi dan aku bisa datang kembali.”
Tambah beliau lagi, pemilihan venue ini juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan persembahan yang menarik dan ini kali pertama beliau menyaksikan event indoor. Kata-kata ini membuktikan bahawa TAPAUasia telah berjaya menarik minat bukan hanya penonton di Malaysia sahaja malah penonton dari Indonesia. Penganjuran kali ini juga sangat istimewa kerana berjaya menyatukan pemuzik dan peminat dari Indonesia dan Malaysia di bawah satu bumbung.
Bukan hanya konsert semata-mata, mereka juga turut menyampaikan mesej buat para penonton yang hadir mengenai isu Palestin. “FROM THE RIVER TO SEA PALESTINE WILL BE FREE,” begitulah visual yang ditunjukkan oleh .Feast ketika membawa lagu Peradaban.
Dalam satu temurumah bersama Baskara Putra, vokalis .Feast yang juga dikenali sebagai Hindia, beliau berkata HCTS mungkin akan jadi acara tahunan di Malaysia.
“Probably we wanted to make this like annual event, it’s possible. Probably yaa. It’s like hopefully if everything goes well. So yeah hopefully everything goes well. We’re gonna pick up tonight and we’re very excited to play for Malaysia friends here.”
Beliau juga menyifatkan komuniti peminat muzik di Asia Tenggara merupakan antara yang terbaik di dunia.
Walaupun persembahan berlangsung selama hampir lima jam namun terasa amat singkat. HCTS telah menyajikan persembahan merawat jiwa yang sangat-sangat hebat dan penonton yang hadir juga sangat berpuas hati. Tahniah diucapkan kepada TAPAUasia dan Sun Eater di atas penganjuran konsert HCTS yang sangat teratur dan baik.