Sebab dan Akibat Karma

oleh Boes!
677 bacaan

Tatkala fon telinga dipasang dan lagu ini dimainkan, secara spontan satu perasaan lama hadir dan membuatkan penulis rasa dekat dengan hasil karya kugiran ini. Secara peribadi, mereka boleh pergi jauh (kalau mereka tak buat hal di masa hadapanlah).

Echoes In Time. Dari kiri : Afiq Mazni (bass), Haikal Zakwan (gitar utama), Raja Haikal (vokalis, gitar) Haziq Husaini (dram).

Mereka yang dimaksudkan adalah wajah generasi baharu pejuang genre Alternatif/ Indie Pop, Echoes In Time yang baru sahaja tampil dengan naskah debut bertajuk Taste of Your Own Medicine. Lagu ini telahpun dilancarkan di platform-platform strim digital rasmi mereka termasuk video lirik di YouTube. Penulis mengesyorkan kalian agar cuba menikmati nuansa 80an yang dipertaruhkan mereka sekarang!

Siapa sangka, kumpulan yang baru ditubuhkan sekitar awal pertengahan tahun 2023 ini mampu menghasilkan lagu dengan kualiti yang sedap didengar. Terdiri daripada Raja Haikal (vokal,gitar), Afiq Mazni (bass), Haikal Zakwan (gitar utama), dan Haziq Husaini (dram), segerombolan anak muda berbakat ini juga turut menghasilkan satu lagi single yang bertajuk First of May yang telah dilancarkan pada bulan September tahun ini.

Untuk mengetahui latar belakang band dan lagu Taste of Your Own Medicine, penulis berpeluang untuk menemubual pemain gitar utama mereka, Haikal Zakwan yang merupakan mastermind di sebalik penubuhan kumpulan dan lagu ini.

MAMY: Penulis difahamkan yang EIT ini baru saja ditubuhkan. Boleh ceritakan sedikit macam mana korang mula mengukir nama dalam lapangan muzik bebas ini?

Saya kenal band members saya dari diploma masa dekat Segamat tahun 2017-2019, tapi masa tu kitorang just kenal macam tu je, langsung takde plan nak buat band walaupun kitorang ni sama music interest and walaupun banyak kali perform sekali. Masa lockdown saya ada buat lagu sendiri untuk hiburkan hati. At the same time, saya perasan jugak yang vokalis kami yang sekarang ada buat cover dan saya rasa suara dia mahal. Saya saja tanya nak buat lagu sekali tak dan dia pun okay je. Kitorang release lagu pertama yang saya tulis, “This is Me” dan rasa macam ngam with each other. We decided untuk terus buat band. Tapi masa ni ada vokalis dan saya je untuk compose dan record lagu.

 

Fasa kedua jadi lambat sikit sebab masa tu kami tak tahu macam mana nak start semua, pastu buat lagu pun bila ada mood je hahaha. Then we recruit kenalan yang ada. Band mula complete masa April 2023 including manager. Kami decide untuk release lagu bawah nama band. Bagi saya lah, masa tu lahirnya Echoes in Time.

Persembahan di Rinching Terrace Wedding and Avenues untuk Kelab Microbiologi UKM

MAMY: Kumpulan korang bercorak Indie Pop / alternatif dengan vibe 80an. Any inspirations/references yang korang rujuk sebagai ‘role model‘ untuk EIT?

Secara jujurnya saya agak malu nak cakap. Tapi inspirasi terbesar saya adalah The 1975 (sebelum diorang buat hal 🥲) sebab saya suka soundscape diorang contoh macam lagu Robbers, Somebody Else. Tapi, mana yang baik kami ikut mana yang buruk tu tolak tepi lah camtu hahaha.

 

But they’re not the only band we base our references on, saya mula faham vibe 80’s tu dari band The Killers. contoh lagu macam Mr. Brightside, Miss Atomic Bomb, Somebody Told Me, tu semua saya suka sebab cara dia implement 80s vibe walaupun full band and bukan just synth.

 

Kemudian untuk pop saya suka Joji lah. Sebab saya memang layan dia masa dia buat Youtube dulu. Tapi dia punya lagu tu, fuhh memang dia tahu sound dia and dia paham strength weakness dia. lagu macam Will He, Demons ngan Slow Dancing in the Dark tu saya suka how wide and dreamy it sounds. Other than that, band indie macam boy pablo, FUR, and Cuco tu macam good referencelah untuk that sound aesthetic.

MAMY: Berbalik kepada Taste of Your Own Medicine, penulis tertarik dengan lagu ini. Bagi penulis,  vibing, puitis dan menangkap.  Boleh ceritakan sedikit siapa yang buat lagu ni?

Glad you enjoyed it. Lagu tu saya compose dan saya tulis sendiri.

MAMY: Kalau dengar balik lagu ini, penulis perasan ada dua bahagian. Bahagian kedua yang bermula dengan ‘I never wish for this to happened...’ memang menangkap sebab pembawakan emosi dan muziknya berlainan. Bagaimana Haikal sebagai pencipta lagu nak pastikan emosi tu sampai menerusi vokalis. Ada cerita di sebalik lagu ke?

Oh dapat notice eh. Yup, memang ada maksud to the changes tu. Lagu ni berkonsep karma, macam kita buat jahat kat orang pastu jadi dekat kita pulak. Kalau dengar rentak lagu dari awal tu macam happy je but the lyric contrast with lirik sendu. Pada saya, bila masa heartbroken, kita cuba untuk menidakkan, “oh this is fine, i can handle this”. Dekat korus, lirik dia agak marah tapi tak tahu nak marah siapa,. Jadi konsep karma lagu tu dapat disampaikan.

 

Second half lagu tu bawa maksud yang kita dah dalam fasa memahami, dari situ kita tahu salah sendiri, tahu apa nak perbaiki dan cara untuk terima karma. Saya perasan banyak lagu cerita sendu tapi jarang cerita macam mana nak terima sendu tu. Saya bersyukur sebab vokalis dapat sampaikan perasaan tu dalam lagu ini.

Vibing, puitis dan menangkap. Tiga perkataan yang penulis cuba simpulkan untuk ulasan kali ini. Bermula dengan bunyian synth ala-ala disko yang ringan, cukup rasa dan menarik perhatian disadurkan penceritaaan yang kontra dengan suasananya. Mood rancak tetapi menceritakan perihal karma. Seperti mendengar lagu popular Dancing On My Own oleh Robyn.

Dari segi lirik, di bahagian pertama ada baris yang sedikit sebanyak mendatangkan sifat empati pada jalan ceritanya. A bit personal but it makes me to think over and over again.:

“How much is too loud?
For when you’re fighting in your thoughts”

Manakala di bahagian kedua untuk lagu ini, liriknya berulang, tetapi pencipta lagu ini bijak untuk tidak menjadikan lagu ini berakhir dengan perasaan bosan dengan susunan vokal dan bunyian synth dan dram sehingga ke akhir lagu. Percubaan yang baik!

Kesimpulannya, Taste of Your Own Medicine adalah satu karya debut yang telah meletakkan mereka pada satu penanda aras permulaan yang selesa. Penciptaan, penghasilan dan susunan yang dilakukan dengan ringkas tetapi teliti. Penulis mengharapkan agar EIT terus menghasilkan karya yang bermutu dan menarik perhatian pendengar di luar sana.

Ikuti perkembangan mereka di platform rasmi:

Instagram rasmi Echoes In Time

Facebook rasmi Echoes In Time

TikTok rasmi Echoes In Time

Twitter rasmi Echoes In Time

P/S: Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan mereka di Merdekarya pada 16 Disember 2023 bertempat di Petaling Jaya. Maklumat lanjut di Instagram rasmi mereka.

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅