Sound of Freedom: Sebuah Konsert Solidariti Palestin Sempena Karnival Meriahlah!

oleh Music Addicts Malaysia
584 bacaan

Karnival Meriahlah! julung kalinya bakal diadakan di sebuah kawasan baru yang diberi nama FlyZone bertempat di KL Base, Kuala Lumpur yang dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Sungai Besi. Meriahlah!, sebuah karnival untuk seisi keluarga bakal menarik minat pelbagai golongan untuk pelbagai aktiviti terkini sesuai untuk semua peringkat umur.

Meriahlah! mensasarkan jumlah pengunjung seramai 10,000 orang untuk program selama 2 hari bermula dari 16 Disember hingga 17 Disember 2023. Ia bakal diserikan lagi dengan sebuah konsert solidariti untuk Palestin yang diberi nama “SOUND OF FREEDOM” yang bermaksud “Bunyi Kebebasan”.  Ia bakal disertai  oleh  artis-artis dari  pelbagai genre termasuklah indie rock, pop, nasyid, metal, reggae, punk, R&B, hip-hop, folk, tradisional dan juga EDM.

Konsert SOUND OF FREEDOM bakal berlangsung pada 17 Disember 2023 bermula dari 10 pagi dengan kerjasama MyCARE sebuah badan kemanusiaan dalam mengumpul dana bantuan dan membawakan semangat solidariti para pengkarya seni kepada rakyat Palestin.

Barisan artis yang bakal membuat persembahan termasuk Dato Wah Idris, Suki Low, PESAWAT, Iqbal M, Amir Jahari, Pretty Ugly, Saujana, Banyak Bunyik Republik, Stonebay, Joanna and Co., Massacre Conspiracy, Republic of Brickfields, Skudap Skudip, Eddie G, Asfan Shah, Tarimosi, HipHop Decontrol, Imperial Dyslexia, Daksinapati, Bridged Gamelan, SaTwo, Urna, Kri Merlyn dan Ruckyard.

 Konsert Sound of Freedom bakal diadakan di pentas utama bermula jam 10 pagi hingga 12 malam pada 17 Disember dengan acara kemuncak menampilkan Dato Wah Idris, Joanna Renisa dan Suki Low yang bakal membuat persembahan khas diiringi band Banyak Bunyik Republik membawa lagu “We are the world” edisi Malaysia yang turut dirakam secara rasmi.

Antara Rakan Bersama bagi program ini adalah HOTFM selaku radio rasmi, FlyZone sebagai penaja tempat dan MyCARE sebagai rakan wardah solidarity. Pihak pemilik Pembangunan Bandar Malaysia Lapangan Terbang Sungai Besi turut mendukung usaha ini sebagai salah satu inisiatif interim Pembangunan. Pihak MyCARE juga akan menampilkan sesi perkongsiaan khas mengenai Palestin dan MyCARE oleh Dato Seri Kamal selaku pengerusi MyCARE dan Dr. Fauziah Hasan selaku pemegang Amanah MyCARE. Para artis yang terlibat juga bakal membuat perkongsian mengenai Palestin dengan cara mereke tersendiri sebagai tanda solidarity.

Karnival Meriahlah! Turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pameran Supercars, Pertandingan Ekzos, Belon Panas, ATV, Neon Cycle, Lights Garden, Famous Bazaar, Car Boot Sale serta makanan dan minuman yang enak di bahagian food truck. Meriahlah! juga bakal dihias dengan suasana temasya sesuai untuk mereka yang menggemari untuk berswafoto berlatar belakangkan permandangan indah bandaraya Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh Immortia Event Management dengan Kerjasama Wah Musia Asia. Pengunjung perlu membeli baucar makanan bernilai RM40 di https://klflyzone.com/ untuk mendapat tiket komplimentari ke Konsert Sound of Freedom. Pengunjung juga boleh menderma ke Palestin melalui QR khas MyCARE yang disalurkan terus ke Palestin melalui MyCARE. Untuk maklumat lanjut, layari https://klflyzone.com/ atau Instagram @meriahlah.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅