50 Tahun Kebakaran Kasino Montreux

oleh Anome
1.8K bacaan

Penulis: Anome

50 tahun lalu pada hari ini, kumpulan rock Deep Purple telah merakamkan lagu Smoke On The Water di Montreux Casino, Switzerland. Smoke On The Water merupakan sebuah trek yang dipetik daripada album keenam Deep Purple, Machine Head yang dirakam pada disember 1971 dan kemudian dilancarkan pada 25 March 1972. Album tersebut hadir dengan tujuh trek berdurasi selama 37 minit 46 saat.

Menarik tentang kisah di sebalik lagu Smoke On The Water, ia merupakan inspirasi daripada kisah sebenar yang berlaku ketika proses rakaman album mereka. Kisah yang dimaksudkan adalah kebakaran yang berlaku ketika konsert persembahan Frank Zappa di kasino tersebut.

Menurut Deep Purple, untuk album keenam ini mereka inginkan satu kelainan berbanding rakaman album-album sebelumnya yang dirakam di dalam studio. Untuk tujuan itu, Deep Purple menggunakan studio rakaman mudah alih yang disewa daripada The Rolling Stones.

Sehari sebelum sesi rakaman Deep Purple di kompleks kasino tersebut, mereka hadir menyaksikan Frank Zappa dan kumpulan rocknya, The Mothers melakukan persembahan. Seorang peminat telah menyalakan pistol suar ketika persembahan dan terkena siling kasino tersebut. Kejadian itu telah menyebabkan kebakaran besar yang menyebabkan kasino tersebut runtuh.

Proses rakaman tergendala selama seminggu disebabkan pencarian tempat rakaman baharu. Mereka kemudiannya menempah Grand Hotel yang ditutup semasa musim sejuk bagi meneruskan proses rakaman. Menurut Deep Purple juga, Smoke On The Water merupakan penambahan saat akhir bagi album Machine Head.

Peristiwa kebakaran kasino tersebut menjadi inspirasi bagi penulisan lagu Smoke On The Water. Jika diteliti liriknya, Deep Purple menceritakan kejadian tersebut secara literal perjalanan mereka dalam merakamkan album tersebut. Lagu ini kemudiannya disenaraikan di tempat ke-426 ‘500 Senarai Lagu Sepanjang Zaman’ majalah Rolling Stone serta berada di tempat keempat dalam ‘Senarai Riff Gitar Terbaik Sepanjang Masa’ oleh majalah Total Guitar.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅