Adele Tandatangan Kontrak Rakaman Ketika Hanya Berusia 17 Tahun!

oleh Azam Gilmour
735 bacaan

Adele lancarkan album pertamanya 19 pada 28 Januari 2008, genap 13 tahun hari ini. Selepas tamat belajar di BRIT School pada bulan April 2006, Adele mula terbitkan lagu dan merakam 3 lagu demo untuk projek kelasnya, dan diberikan kepada kawan, dimana kawannya memuat-naik demo tersebut ke Myspace. Secara tidak sedar, lagu-lagunya menjadi popular dan mendapat perhatian dari syarikat rakaman. Dari sini Adele mula menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman seawal usia 17 tahun.

Dengan menggunakan angka umurnya ketika itu sebagai tajuk album, Adele menulis hampir seratus-peratus lagu di dalam album ini, tetapi masih bekerjasama dengan beberapa penulis lain dan produser seperti Jim Abbiss, Eg White dan Sacha Skarbek.

Kolaborasi ini mencipta album yang berunsurkan blue-eyed soul, dengan lirik yang lebih kepada patah hati dan tentang perhubungan. Ketika pelancaran, 19 menerima pujian dari pengkritik muzik, yang teruja dengan vokal dan bakat menulis Adele ketika hanya berusia 18-19 tahun, hingga pengkritik berkata,

Adele mempunyai potensi untuk menjadi antara artis antarabangsa yang paling dihormati dan memberi inspirasi kepada generasinya.

Adele merakamkan lagu Make You Feel My Love, karya Bob Dylan, atas cadangan pengurusnya Jonathan Dickins, yang sangat menggemari lagu itu.

19 juga memenangi banyak penghargaan termasuk Mercury Prize dan European Border Breakers Award. Di Anugerah Grammy ke-51, Adele memenangi Best New Artist dan Best Female Pop Vocal Performance untuk lagu Chasing Pavements.

Penulis hanya mengenal Adele selepas meletup lagu Rolling In the Deep, Someone Like You dan Set Fire to the Rain. Selepas dengar keseluruhan album 21, Penulis menoleh pula ke album ini. Bagaimana dengan kalian?

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #Adele #19 #AnniversaryAlbum

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅