Scene HipHop bawah tanah kita semakin digemari oleh masyarakat muda. Selain daripada lagu-lagu di corong radio, saluran bawah tanah juga tak kurang hebatnya. Seperti contoh lagu-lagu daripada Ical Mosh, Quai, Rudeen, Bobby D, Bearboi, Fahmi Anuar, Ruang Red, Skyrulez, AzamRhadio, Yaph dan ramai lagi.
Akan tetapi, topik hangat kita pada kali ini adalah memperkenalkan Malaya Visual Lyricist (MVL), salah seorang rapper dari kolektif Kuyashii ataupun lebih dikenali sebagai KYS asal Setiawangsa yang baru sahaja mengeluarkan album pertamanya, Malaya Visual Lyricist.
MVL telah meriliskan lagu pertamanya pada bulan Oktober 2017 selepas mendengar Mixtape Seludope oleh Akeem Jahat. Dia mengenali dunia Rap ini bukanlah hanya semata-mata kerana Akeem Jahat tetapi kerana dia telah bercampur dengan abangnya yang juga pendengar HipHop. Sejak dia berada di bangku sekolah lagi, dia telah diperdengarkan dengan lagu-lagu Too Phat, lebih tepat lagi album Plan B pada masa itu.
Berdasarkan lagu-lagu di dalam album Malaya Visual Lyricist ini yang dirilis pada 23 Januari 2021 berdurasi 27 minit, penulis telah bertanya kepada MVL sama ada dia marah dengan orang-orang dalam scene ataupun sekadar lirik dan ini jawapan MVL:
“Sebenarnya aku tak marah dengan sesiapa pun dalam scene cuma HipHop ini kan permainan ego yang kasar. Aku cuma nak bagi pendapat bagi aku, aku suka HipHop macam ini.”
Ulasan Album
Album ini dimulakan dengan Track 01 bertajuk I Am yang ditulis sepenuhnya oleh MVL. Trek permulaan dalam album ini cukup segala rempah dengan punchline, wordplay, rhymes dan multies. Serius cakap, memang padu teruk, dahlah rekod daripada rumah saja.
Lagu kedua dalam album ini iaitu The Last Rhymebender membuatkan penulis geli hati. Hal ini kerana apa yang MVL katakan memang berdasarkan fakta yang berlaku sekarang.
“Aku disekolahkan emcee zaman Gansta Rap,
With lyrical style, spit fire atas track,
Nowadays ramai tunjuk gangster but all they spit is crap,
Ritma penuh dengan brag so that’s why MVL is back!”
Test Power II merupakan Track 03 dalam album ini. Apa yang menarik pada lagu ini ada lah ia ditulis dan dipersembahkan oleh MVL, Fardaylz, Oneness & Imaniac. Lagu ini tiada Hook dan keseluruhan mereka menyampaikan lagu ini berserta dengan skil masing-masing yang pelbagai.
Micwrecka merupakan produser untuk trek keempat daripada album ini yang bertajuk Game Plan. “Hook dia bapak catchy!,” kata penulis saat mendengar lagu ini.
“My Game Plan A dan korang punya zero,
Bars aku berat ini barang 10 kilo,
My Game Plan A dan korang punya zero,
I’m the weapon of war stay sharp like an arrow (X2).”
Track 06 iaitu The Truth. Sekali lagi mempersembahkan MVL dan Fardaylz di dalam sebuah lagu serta ditambah dengan kehadiran Shaheed. Ketiga-tiga mereka memang menyampaikan kebenaran walaupun pahit untuk ditelan.
Element merupakan Track 07 di dalam album ini yang mempersembahkan MVL bersama Yang Ariff. Diorang dua ini betul-betul main elemen. Pelbagai jenis elemen disebutnya. Api, tanah, angin, mineral, besi, kilat, kerak bumi pun disebutnya.
Trek penamat dalam album Malaya Visual Lyricist merupakan Track MVL bersama Oneness bertajuk Kifarah. Trek ini merupakan lagu yang membuatkan kita buka mata dan sedar dengan apa yang telah kita lakukan pasti akan dibalas.
MVL juga bersifat terbuka apabila penulis ingin mengetahui hala tuju album ini dan katanya dia mahu karyanya dijadikan blueprint untuk HipHop bawah tanah. Dijadikan Sumber rujukan untuk mereka-mereka yang bergiat dalam HipHop.
Kedatangan album Malaya Visual Lyricist ini merupakan satu hadiah buat penggiat dan pendengar HipHop bawah tanah air kita kerana boleh dijadikan contoh dalam penulisan dan Anthem buat pendengar.
Bagi penulis, album ini sangat berbeza dengan apa yang selalu dihidangkan kepada kita selama ini. Pertama kali mendengar, penulis berasa seperti ditarik ke dalam terowong masa kembali ke tahun-tahun Nas, Rebel Scum dan Wu-tang sedang berada di puncak kegemilangan muzik HipHop. Bezanya, jati diri Melayu MVL yang kuat memberi impak yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Kiranya kalau layan album ini, kepala tak angguk-angguk dan geleng-geleng confirm menipu. Satu lagi perkara yang patut dibanggakan dengan MVL ini adalah keseluruhan album ini dirakam melalui Microphone, Audio Interface dan PC dia sendiri di rumahnya!
Buat korang yang belum dengar lagi album ini, boleh cuba dengar dan mungkin jadikan playlist harian korang. Boleh dengar terus melalui aplikasi YouTube di saluran Kuyashii Entertainment atau di platform-platform strim digital lain seperti Spotify, ITunes dan Apple Music.
Ikuti MVL di: