Di waktu kebanyakkan Rappers kegemaran anak muda tanah air berlumba-lumba menyajikan aksi ganas mereka dalam pelbagai jenis instrumental, tiba-tiba dari jauh kelihatan tiga sosok ‘Jejaka Idaman Malaya’ iaitu BearBoi, AzamRhadio dan YAPH dengan selamba hadir memecah ruang atmosfera bersama perasaan mereka yang paling dalam untuk dikongsikan bersama rakyat jelata. Seakan tidak mempedulikan hentakan genre-genre lain di sekeliling, mereka bertiga tanpa ragu-ragu meriliskan sebuah lagu terbaru atau yang lebih tepat untuk aku katakan, mereka telah melahirkan sebuah perasaan yang dibungkam kemas berjudul Primadrama di Saluran YouTube LQ Musiq.
Jujur aku bukan jenis yang cepat minat atau taksub kepada sesebuah lagu yang aku baru dengar, apatah lagi lagu yang baru pertama kali nak dimainkan di telinga aku. Tapi untuk kali ini aku dapat rasakan ada sesuatu yang berbeza dengan lagu ini. Baru berapa saat lagu ini dimainkan pertama kali untuk aku pada 27 Januari 2021, aku dah macam terbuai hanyut dalam kenangan lama aku sendiri. Dengan hati yang ‘gumbira’ dan penuh emosi yang bercampur baur saat lagu ini aku ulang putar untuk kesekian kalinya, aku terus bertanyakan kepada AzamRhadio tentang perjalanan lagu ini dari awal pembikinan hingga ia diriliskan. Terdapat beberapa perkara yang menarik untuk dikongsikan dalam artikel aku kali ini.
Dari kiri ke kanan : BearBoi, AzamRhadio dan YAPH
Selepas memberi salam kepada AzamRhadio, tanpa berlengah aku terus ajukan soalan pertama; dari sudut mana idea Primadrama ini hadir dan bagaimana ia tercetus kerana ia telah memberikan aku sebuah impak yang sukar aku gambarkan dan aku pasti rasa itu sama untuk semua yang telah mendengar karya ini. Jawapan yang diberi oleh AzamRhadio pula cukup mudah;
“Primadrama ini merupakan sebuah idea yang datang secara tiba-tiba ketika aku sedang melayan perasaan mengikut runut bunyi keyboard yang dimainkan secara bersahaja oleh BearBoi pada malam itu. Tanpa banyak soal, idea tersebut disokong sekeras-kerasnya oleh BearBoi yang juga merupakan komposer karya ini. Setelah siang menjelma, kami berdua telah mengusulkan idea ini kepada YAPH, dan YAPH terus melaungkan kata setuju sambil menghabiskan biskut sarapannya.”
Soalan kedua daripada aku adalah berkenaan dengan konsep yang cuba mereka ketengahkan di dalam karya yang dihasilkan ini. Hal ini kerana bagi aku, jejaka-jejaka seperti mereka yang punya raut ‘Wajah Kesayangan Hamba’ sukar untuk merasai pengalaman dikecewakan. Jawab Azam;
“Haha! Mana ada orang yang tak pernah lalu rasa kecewa tu dalam hidup diorang. Berkenaan dengan konsep, memandangkan karya ini pun tercipta tanpa sedar oleh orang sekeliling kami masa tu, jadi apa yang aku boleh jawab, karya kali ni umpama kami menulis dari hati untuk sampai ke hati para pendengar. Suara dan telinga jadi medium utama perantara untuk itu…”
Tak banyak soalan yang aku dapat tanyakan kepada AzamRhadio kerana dia mempunyai urusan duniawi yang harus dikerjakannya. Soalan terakhir aku adalah, berapa lama masa untuk projek ini disiapkan?
“Sejujurnya part aku dan BearBoi kami buat pada waktu yang sama lepas kami berdua decide untuk realisasikan projek yang kami boleh anggap sebagai projek kilat juga kot. Haha! Kalau nak ikut timing, untuk part aku dan BearBoi ada la dalam lebih kurang 15minit ke 20minit macam tu. Cuma bila bahagian kami dihantar kepada YAPH untuk proses kelangsungan, itu yang makan masa sikit sebab kita pun tahu waktu tu YAPH sendiri agak sibuk dengan urusan peribadinya memandangkan YAPH waktu itu baru sahaja mendirikan rumahtangga. Jadi aku dan BearBoi cukup faham tentang situasi sahabat kami pada waktu tu. Jadi memang kami berdua tak menekan beliau untuk cepat and all that. Masing-masing faham dan yeah Alhamdulillah, karya ini dah pun selamat kami layarkan untuk sama2 kita kongsi perasaan…”
Untuk korang-korang yang masih belum dengar Primadrama, korang boleh layan perasaan korang di Saluran YouTube LQ Musiq dan Spotify sekarang.
Ikuti juga mereka di Instagram: