Bermula pada 2015, May of Scarlet, sebuah band yang bernuansa Energetic Post Hardcore ini telah mengorak langkah menerusi siri gig tanpa henti dari utara hingga ke selatan dan mereka semakin hampir kepada album pertama berjudul Menangislah.
Kali pertama kita dihidangkan dengan bunyian album akan datang May of Scarlet adalah pada bulan April tahun lepas menerusi single Bukti. Namun semalam mereka kembali dengan single kedua berjudul Afornisme dan lagu kali ini ternyata lebih berat dan beremosi.
Bermula dengan bunyian sfx yang memberi aura tersendiri, Afornisme meletus ke Energetic Post Hardcore yang menjadi cap mohor May of Scarlet. Penulis hanya mampu tersenyum sepanjang lagu ini dimainkan kerana terbau DNA beberapa band seperti Bring Me the Horizon, Breaking Benjamin dan KILMS yang disuntik ke dalamnya. Tapi tak mengapa kerana penulis merasakan itulah cap mohor mereka dan penulis yakin band ini mampu pergi jauh tanpa melihat ke belakang. Maklumlah muka kacak, main band, suara sedap. Apa lagi rakyat mahu? Dengarlah woi!!!
Menerusi perbualan dengan Safwan iaitu vokalis May of Scarlet:
“Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang menyimpan banyak rasa kecewa terhadap seseorang yang sangat dia bergantung harap untuk terus hidup. Jadi si pencerita melihat diri di depan cermin dan bertanya siapakah diri ini dan apa kekurangan diri ini pada mata seseorang itu. Tajuk lebih fokus kepada hidup harus diteruskan dan sentiasa berharap sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.”
Tidak dinafikan jika kita melihat ke sudut lirik, May of Scarlet semakin matang dengan penulisan Safwan yang straight forward namun punya maksud yang tersirat tanpa kita sedar. Nak tahu? Dengarlah banyak kali.
Kesimpulannya, Bukti dan Afornisme telah memberi sebuah imaginasi bahawa album pertama mereka bakal menjadi sebuah produk yang segar seperti Susu Farm Fresh tetapi persoalannya, adakah kita sudah bersedia dengan naskah pertama May of Scarlet?
Ikuti May of Scarlet di:
#EkhwanFuentes