Akhirnya Gig Kembali! – Transitions X Servants

oleh Aniq Ammar Ekhwan
813 views

Pertembungan antara Juara Laga Maya dan Finalis Anugerah Lagu Indie 2020 dalam satu pentas diberi nama TRANSITIONS X SERVANTS bakal berlangsung pada 20 Mac 2021 di Angkasa Event Space, Cheras.

Asalnya program ini bakal berlangsung menerusi Livestream, namun ditukarkan kepada sebuah acara langsung selepas pengumuman kerajaan perihal Acara Langsung dibenarkan dengan kehadiran penonton berkuatkuasa 10 Mac 2021 dengan SOP yang ketat.

Kali terakhir penulis melihat mereka berada di satu pentas ialah pada acara I Kry a Lot pada 25 September 2020 dan kami di Music Addicts Malaysia tidak sabar untuk menonton persembahan mereka setelah sekian lama tidak berdansa di Gig.

Penulis juga difahamkan kedua-dua band ini akan membawa 16 lagu untuk dipersembahkan sepanjang gig ini.

Anda boleh dapatkan tiket berharga RM20 untuk fasa pertama dan RM 25 untuk fasa kedua secepat mungkin kerana tiket terjual laju seperti pisang goreng panas.

Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menikmati sebuah pengalaman sendu yang tidak berpenghujung dari TRANSITIONS X SERVANTS.

Hubungi talian 012-2710040 untuk pembelian tiket. Siapa Lambat, kena tinggal!!!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati