Bring Me The Horizon (BMTH) Terharu Bintang TikTok Remix ‘Can You Feel My Heart’

oleh Chiv Iscandar
1.9K bacaan

Barangkali benar, kumpulan Metalcore superstar UK, Bring Me The Horizon (BMTH) boleh mengeluarkan 100 buah album tetapi tidak satu pun dapat menandingi album mereka yang terulung, Sempiternal (2013).

Terbaharu, mereka telah bekerjasama dengan bintang TikTok, Jeris Johnson untuk mengeluarkan versi baru ‘Can U Feel My Heart’ yang merupakan lagu pembuka dalam album Sempiternal.

Remix ala Trap-EDM dengan crossover Metal itu menampilkan duet antara vokalis BMTH, Oli Sykes dan Jeris sendiri yang telah mengubah keseluruhan tekstur lagu mengikut acuannya seperti kick dan bass flow.

Dengarkan (Audio BMTH X Jeris Johnson TikTok):

Jeris merupakan bintang TikTok berusia 24 tahun yang pada awal tahun ini telah bekerjasama dengan Papa Roach bagi lagu remix versi Tiktok ‘Last Resort’. Baca & tonton klip di sini: (Papa Roach X Jeris Johnson – Last Resort)

Bagi Oli selaku vokalis BMTH, mereka berasa terharu yang lagu klasik mereka telah mendapat sentuhan Jeris dan terus melamar Jeris bagi collabo di studio. Menurut cerita, BMTH yang turut mempunyai akaun TikTok dikatakan telah menonton remix asal lagu tersebut oleh Jeris lalu menghantar mesej, “Tahi keramat (holy s%&*), kitorang suka shial… Jeris check ur inbox let’s do something“.

Duet Oli Sykes dan Jeris di TikTok:

@officialbmth

#duet with @jerisjohnson holy shit WE LOVE THIS Jeris check ur inbox let’s do something 👀💔🤟🏻

♬ original sound – Jeris Johnson

Manakala Jeris Johnson pula yang disebut-sebut bintang Grunge masa depan, ia adalah peluang baginya untuk menempa nama sebagai pelopor Rock generasi baru, bukan dengan gitar atau drum, tapi dengan komputer dan bunyian virtual.

‘Lagu Asal Dah Sempurna, Buat Apa Nak Remix’

Walaupun demikian, remix ini mendapat reaksi yang berbeza-beza daripada peminat, terutama kalangan pendukung muzik metal keras.

Ada yang memuji kerana lagu Metalcore dengan sentuhan Trance itu telah menempah laluan kepada generasi baharu (Gen Z) dan TikTok. Namun, tidak kurang juga yang membantah dan mencemuh kerana lagu asal yang sedia ada sememangnya sudah tersedia ‘sempurna’ untuk disuntik nafas baharu atau dijadikan remix.

Malah, ada berpendapat remix ini agak buruk dan ‘kureng’ berbanding versi lagu asal yang ternyata sangat epik dan sukar ditanding oleh mana-mana band:

Walau apapun, ‘Can U Feel My Heart’ kekal menjadi salah satu daripada tiga (3) antem BMTH yang paling epik selain ‘Sleepwalking’ dan ‘Shadow Moses’, kedua-duanya juga daripada album Sempiternal.

Dengan katalog lagu-lagu Metal arus baru yang hebat dan mesej berbaur agnostik, album Sempiternal kekal menjadi album tersohor Bring Me The Horizon. BMTH telah mengeluarkan album terbaru ‘Post-Human’ pada tahun lepas yang juga menampilkan banyak aksi feat bersama nama-nama besar antaranya Baby Metal, Amy Lee (Evanescense) dan Yungblud.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅