Gen Z, TikTok Mahu Humban EMINEM Dalam Tong Sampah, Milenial Bangkit Tentang

oleh Chiv Iscandar
1.1K bacaan

Sejak minggu ini, berlaku kempen oleh beberapa lapisan Generasi Z dan pelayar-pelayar tegar TikTok untuk memadam, menghumban dan mem’batal’kan legasi lagu-lagu Eminem dalam medan sosial.

Ini berikutan, lagu-lagu Eminem yang dianggap ‘Toksik’ dan mencemar kehidupan. Antara yang menjadi subjek ialah lagu ‘Love The Way You Lie‘ (2010) yang turut menampilkan popstar Rihanna. Menurut Gen Z dan pengikut-pengikut TikTok, antara kandungan lirik Eminem yang dikatakan mempromosi keganasan domestik dan pencabulan kaum wanita iaitu, “I know I’m a liar, if she ever tries to f***ing leave again, I’ma tie her to the bed and set this house on fire,”

Eminem adalah rapper terbesar alaf baru 2000-an dan jelas, Generasi Z (julukan Gen Z) dan TikTok tidak berpuas hati dengan Eminem dan enggan mengiktiraf status tersebut. Mereka ternyata lebih kepada emo-rap yang lebih ber’jiwa’ seperti XXXTentacion, Lil Peep, JuiceWRLD, Trippie Redd dan rapper-rapper emo yang lain. Selain masalah lirik toksik, mereka juga mungkin kurang senang kerana Eminem sudah dianggap ‘tua’ untuk terus mengeluarkan lagu-lagu Rap dan sudah lapuk berbanding emo-Rap.

Eminem Balas Balik – ‘Tone Deaf

Eminem telah membalas semula kritikan dan kempen Gen Z itu dengan mengeluarkan disstrack bertajuk ‘Tone Deaf’ semalam, 6hb Mac yang ditujukan kepada mereka yang ingin menghumban legasinya.

Dalam video ‘Tone Deaf’ berbentuk animasi yang sangat canggih itu, Eminem terus berdegil mempertahankan gaya kehidupan rap nya seperti arak (Jack D). dadah (Molly), berpeleseran dengan gadis-gadis dan bergaduh dengan polis. Dia memekik: I won’t stop even when my hair turns grey (I’m tone-deaf) / ‘Cause they won’t stop until they cancel me!

Eminem turut mendapat sokongan lapisan besar Milenial dan para peminat beliau yang turut bersama membalas semula Gen Z dan TikTok. Banyak milenial telah mempertahankan Eminem dan mengutuk semula Gen Z yang dianggap mereka sebagai ‘kiddies’:

Strategi Baru MGK?

Ada juga spekulasi bahawa ini adalah episod terbaru perseteruan lama beliau dengan rapper-punk, Machine Gun Kelly (MGK) sejak 2012 yang mana MGK mungkin senyap-senyap ‘mengambil bahagian’ dalam proses ini, untuk menghapuskan riwayat rap Eminem dan menempa nama beliau sendiri sebagai generasi rapper terulung.

Adakah Eminem bakal dihumban dalam sejarah muzik Rap oleh generasi baharu dan masa depan? Eminem kini berusia 48 tahun dan masih aktif mengeluarkan trek-trek baharu walaupun energinya jelas semakin berkurangan selain berjanggut.

Eminem mungkin sukar untuk ditewaskan memandangkan legasi beliau yang agak kuat. Video You Tube lagu epik beliau, ‘Lose Yourself’ (2002) telah mencapai tontonan melebihi 1 bilion manakala Eminem kelihatan masih gah dalam medan muzik moden antarabangsa.

Untuk rekod, takrifan Gen Z ialah mereka yang lahir tahun 1995 ke atas, manakala Milienial adalah mereka yang telah menjadi ‘belia tua’ dan menjejak umur 30-40 tahun sekarang.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅