Akhirnya Maksud Sebenar Lagu ‘Genie In A Bottle’ Christina Aguilera Terbongkar Selepas 22 Tahun

oleh Chiv Iscandar
3.3K bacaan
Lagu ‘Genie In A Bottle‘ nyanyian Christina Aguilera adalah antara lagu pop terbesar dalam sejarah muzik moden, juga digelar ‘bubblegum pop’ atau ‘manufactured Pop’ pada sekitar awal millennial 2000. Dikeluarkan pada tahun 1999, ia menyaingi populariti Britney Spears sebagai ikon pop generasi baharu ketika itu.

Bagi para ‘milenial tua’ yang kini mungkin bergelar ibu bapa, lagu ini pasti menggamit banyak memori. Namun setelah hampir 22 tahun, akhirnya misteri mesej sebenar lagu itu terungkai!

Lagu ini sepintas lalu mungkin menggambarkan tentang kisah percintaan ala Aladdin, metafora gadis yang terkurung kesepian meminta untuk dibebaskan oleh ‘prince charming’nya.

Tetapi hakikatnya, lagu tersebut adalah satu innuendo seksualiti seorang gadis yang terbuka kepada hubungan intimasi dengan mana-mana lelaki yang boleh mencetuskan keghairahannya.

Perhatikan lirik bahagian pre-korus ini:

Oh, oh, oh

My body’s sayin’ let’s go

Oh, oh, oh,

But my heart is sayin’ no

Tiada apa yang salah tentang lirik di atas. Ia menggambarkan perasaan gadis yang mungkin tertarik secara fizikal untuk melakukan hubungan intim dengan seseorang lelaki, tetapi hatinya menafikan kerana mereka mungkin belum menjadi pasangan ‘couple‘ secara rasmi.

Namun, bahagian korus seterusnya adalah penentu maksud lagu.

If you wanna be with me

Baby, there’s a price to pay

I’m a genie in a bottle (I’m a genie in a bottle)

You gotta rub me the right way

Dalam lirik bahagian korus ini, terdapat frasa ‘Rub the Right Way’ yang jika difikirkan dalam konteks lagu ialah menggosok lampu ajaib agar gadis tersebut dapat keluar dan pergi kepada lelaki yang berjaya menggosok lampu itu (Aladdin). Tetapi  hakikatnya, ia membawa maksud yang lebih mendalam….

Rub The Right Way sebenarnya adalah merujuk kepada bahagian sulit wanita! Ia menunjukkan gadis itu boleh berubah menjadi terbuka kepada intimasi sekiranya anda bijak ‘menggosok’ atau ‘menggesel’nya.

Lagu Christina ini juga disifatkan sebagai menggambarkan secara tulen fitrah sebenar wanita yang boleh menerima pelawaan dan intimasi seksual sekiranya mendapat usapan, geselan atau gosokan yang betul.

Perkara ini telah menjadi bahan bualan perbincangan hangat oleh para netizen muzik di medan TikTok kerana mereka berasa was-was tentang kesahihan lagu itu serta bagaimana ia telah berjaya melepasi pemantauan moral keibubapaan ketika itu. Ada yang berseloroh mereka pernah menyanyikan lagu tersebut di persembahan gereja dan pementasan sekolah di hadapan paderi atau guru-guru!

Di sebalik mesej innuendo sebenar lagu tersebut, ia berselindung dengan hebatnya melalui melodi ala kemelayuan yang ‘catchy’ dan mengasyikkan. Bagi para penyokong Christina pula, mereka berpendapat ia adalah mesej pemerkasaan kepada wanita bagi kebebasan dan membuat pilihan tentang siapa yang boleh menjamahnya.

Rancak bergaya dan ‘jahat’ kan lagu tu?

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅