Alex Turner Lebih Menekankan Tentang Kehidupan Clubbers Di Utara England

oleh Azam Gilmour
1.4K bacaan

Whatever People Say I Am, That’s What I’m Not adalah album studio pertama dari band indie rock Inggeris, Arctic Monkeys yang telah dilancarkan hari ini, 15 tahun yang lalu. Album ini telah memintas album sulung Elastica, Elastica untuk menjadi jualan album debut terlaris dalam sejarah muzik British, dengan 360, 000 salinan terjual dalam minggu pertama sahaja, dan masih bertahan sehingga hari ini. Whatever People Say I Am, That’s What I’m Not juga merupakan satu-satunya album mereka yang terlaris di sana, dengan 6 kali Platinum.

Album ini mengandungi kedua-dua lagu dari EP mereka, “Five Minutes with Arctic Monkeys,” termasuk 2 single dan nombor satu di carta UK, “I Bet You Look Good on the Dancefloor” dan “When the Sun Goes Down.” Album ini juga sering dianggap album rock terbaik sepanjang dekad.

Telah menerima anugerah Mercury Prize pada tahun 2006 untuk Best Album, dan diletak di tangga ke-371 dalam senarai 500 Greatest Albums of All Time majalah Rolling Stone. Album ini merupakan penampilan pertama dan terakhir untuk pemain bass mereka, Andy Nicholson, di mana beliau meninggalkan band selepas album ini dilancarkan.

Secara muzikal, Whatever People Say I Am, That’s What I’m Not tampil dengan muzik berunsurkan indie rock, garage rock revival, post-punk revival dan punk rock. Tema utama dalam album ini seperti album konsep, dimana Alex Turner lebih menekankan tentang kehidupan clubbers di utara England. Sebagai contoh, I Bet You Look Good On the Dancefloor, Still Take You Home, You Probably Couldn’t See for the Lights but You Were Staring Straight at Me dan Dancing Shoes menceritakan tentang keadaan tingkah laku manusia di kelab malam.

Tahun 2013, Rolling Stone meletakkan album ini di tangga ke-30 untuk album debut terbaik sepanjang masa. Bulan Oktober tahun yang sama, majalah NME juga meletakkan album ini ditangga ke-19 dalam undian mereka untuk 500 album terbaik sepanjang masa.

Masih segar di ingatan penulis ketika membeli kaset album ini pada tahun 2006 dulu. Sampai hancur sebab terlalu kerap diputarkan. Sampai beli kali kedua dan akhirnya beli CD pula. Beberapa tahun selepas itu, vinyl pula Penulis beli.

Apa kenangan kalian dengan album ini? Penulis sangat rindukan Arctic Monkeys yang lama, yang hanya menggayakan t-shirt Fred Prerry atau kolar bulat Adidas. Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan!

Nota kaki: Platinum di UK bersamaan 300, 000 keping.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #ArcticMonkeys #AnniversaryAlbum #WhateverPeopleSayIAmThatsWhatImNot #AlexTurner

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅