Siapa Kata Crabcore Sudah Mati? Hall of Elders Masih Betah Berketam!!

oleh Iscandarz
725 views

Crabcore, satu cabang Metalcore pernah menjadi bahan ketawa dan jenaka seluruh arena Metal sekitar 2010-an dahulu.

Ini kerana aksi mencangkung, menghincut seperti ketam sambil melompat-lompat anak yang sering dipertontonkan ketika gig.

Namun percaya atau tidak pada tahun 2021 ini, masih ada band yang betah berketam seolah-olah tiada hari esok.

Band Crabcore, Hall of The Elders tampil megah berketam dengan lagu terbaru mereka Stick Up.

Saksikan:

Band yang berasal dari Atlanta, USA ini sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam arena perketaman dan mereka terus berbangga menghayun keghairahan genre Crabcore.

Dalam sejarah, antara band yang pernah terjebak dengan Crabcore ialah Asking Alexandria, Silverstein dan Saosin, manakala terdapat juga beberapa band tempatan.

Ternyata, lagu Stick Up ini merupakan lagu yang sangat exciting dan meriah dihenjut.

Ikuti mereka di laman FB dan media sosial

—————————————–

Band: Hall of the Elders

Song: Stick Up

Genre: Crabcore

Location: Atlanta, GA

Instagram: https://www.instagram.com/HallOfTheElders/

Spotify: https://sptfy.com/5p9z

YouTube: https://youtu.be/fW4eQbiOgUU

Selamat Berketam!!!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati