Olivia Rodrigo Pecah Rekod Lagu Terbesar TikTok

oleh Chiv Iscandar
1.1K bacaan

Penyanyi berusia 17 tahun, Olivia Rodrigo menempa sejarah apabila lagu beliau, ‘Drivers License’ muncul lagu terbesar di medan TikTok, Billboard dan Spotify dunia ketika ini.

Menerusi Drivers License, lagu tersebut menduduki No. 1 carta Billboard sejak dilancarkan pada 8 Januari 2021 lalu.

Lagu pop Lo-fi iras-iras seperti Lorde dan Taylor Swift itu memang enak didengar, penuh puitis dan digelar antem putus cinta (breakup anthem) terbaik oleh peminat muzik, apatah lagi dengan persembahan vokal beliau yang sangat mengujakan. Katanya, Taylor Swift turut terus melamar Olivia menjadi anak buahnya.

Berasal California, Olivia juga adalah seorang pelakon dalam siri popular Disney, High School Musical dan telah bermain gitar sejak berusia 12 tahun sebelum mempenakan lagu-lagu sendiri seawal usia 16 tahun. Antara idola beliau ialah Fiona Apple.

Dengan kejayaan Drivers License, Olivia hampir pasti mencipta sejarah menjadi bintang baru yang lahir dari Kelab Disney seperti Britney Spears, Christina Aguilera, Justin Timbelake dan Selena Gomez.

Menurut Billboard, lagu itu telah memperoleh jumlah penstriman sebanyak 76.1 juta dan 40,000 muat turun di Amerika hanya selama satu minggu sahaja, manakala pada 11 Januari, ia mencapai rekod Spotify lagu paling banyak dimainkan dalam sehari iaitu 15.7 juta strim sebelum mencecah 17 juta strim keesokan hari.

Satu bakat baru yang akan terbang jauh, kita berharap ada juga gadis bervokalis mantap seumpama ini di Malaysia sebagai masa depan sebenar industri muzik moden tanahair.

Rasa-rasanya ada ke gadis Malaysia yang mempunyai kemampuan seperti ini – moden, komposer-penyanyi dan original? Satu persoalan yang sukar, tapi cukup wajar untuk diberikan harapan.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅