Dirgahayu Michael Kiske

oleh Rahmat Mohd Did
3.1K bacaan

The Angel of Power Metal, Michael Kiske menginjak usia 53 tahun hari ini.

Michael Kiske dahulu dan sekarang.

Dilahirkan di Hamburg, German pada 24 Januari 1968, beliau bermula sebagai vokalis band Ill Prophecy sebelum dijemput menyertai Helloween pada umur 18 tahun seterusnya merakam empat buah album yang sangat penting dalam pembentukan genre Power Metal.

Di awal karier, stail vokalnya sering dikaitkan dengan Geoff Tate iaitu vokalis Queensryche namun dari segi teknikal, vokal Kiske mampu mencapai sehingga 4 oktaf dari serendah E2 sehingga setinggi A5. Kekuatan vibrato-nya juga tiada tandingan dan telah menginspirasi ramai vokalis-vokalis metal lain.

Setelah keluar daripada Helloween pada tahun 1993, Kiske merakamkan empat buah album solo selain terlibat dengan pelbagai projek kolaborasi rock dan metal termasuk Avantasia, Place Vendome, Kiske/ Sommerville selain dijemput sebagai vokalis undangan band-band lain.

Kolaborasi beliau dengan Timo Tolkki (ex-Stratovarius) untuk projek Revolution Renaissance dan menjadi vokalis undangan untuk band Power Metal Itali, Trick or Treat adalah yang paling penulis kenang sehingga kini. Lain macam sedapnya.

Pada tahun 2009, Kiske berjejak kasih dengan Kai Hansen (ex-Helloween/ Gamma Ray) dan menubuhkan Unisonic yang kemudiannya merakam dua buah album serta kembali melakukan siri jelajah setelah 17 tahun menyepi. Pada tahun 2016, Kiske dan Hansen bersetuju untuk bergabung semula dengan Helloween dan melancarkan jelajah Pumpkins United World Tour yang berlangsung sepanjang 2017 hingga 2018.

Unisonic

Tahun ini dijangka akan menjadi tahun yang sangat gemilang buat Helloween kerana barisan Pumpkins United sedang dalam proses rakaman album baharu dan akan terus melakukan jelajah bersama selepas pelancaran album tersebut.

Penulis juga berharap mereka akan sekali lagi hadir ke sini nanti. Rindu betul dengan suara abang botak abang gundul ni. ❤️

Helloween dengan line up Pumpkins United bakal menerbitkan album baharu tahun ini.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅