Inside In/Inside Out Berjaya Terjual Lebih 2 Juta Salinan

oleh Azam Gilmour
787 bacaan

Inside In/Inside Out adalah album studio pertama dari band indie rock British, The Kooks. Dilancarkan pada 23 Januari 2006 melalui Virgin Records, 15 tahun lalu. Eddie’s Gun, Sofa Song, You Don’t Love Me, Naïve, She Moves in Her Own Way dan Ooh La dijadikan single bagi mempromosikan album ini.

Tony Hoffer dari Virgin Records merupakan penerbit album ini dan Inside In/Inside Out berjaya menduduki tangga kedua dalam carta album UK, dan sudah terjual melebihi 2 juta salinan sejak dikeluarkan.

Walaupun perhatian media lebih cenderung kepada album sulung Arctic Monkeys, Whatever People Say I Am, That’s What I’m Not dan kebetulan tarikh pelancarannya sama, Inside In/Inside Out juga berjaya terjual 19, 098 salinan dalam minggu pertama dan menduduki tangga ke-9 dalam carta Album UK. Inside In/Inside Out juga berjaya menduduki tangga ke-2 selama 2 minggu, dan diisytiharkan Platinum sebanyak 5 kali oleh British Phonographic Indsutry (BPI), untuk jualan melebihi 1.5 juta salinan.

Ramai ke peminat The Kooks di sini? Penulis juga peminat, ada semua album-album mereka. Lagu pertama yang penulis dengar dan tertarik adalah Naïve. Salah satu tarikannya adalah loghat Pritchard, campuran gitar akustik dan elektrik dalam hampir setiap lagu. Pendengar baru bolehlah cuba album ni.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #TheKooks #InsideInIsideOut #DebutAlbum #AnniversaryAlbum

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅