Bayangkan, kumpulan ini merupakan unit rock ‘n’ roll wanita pertama di Britain yang meletup di era The Beatles.
Mereka lebih terkenal di German berbanding Britain setelah mengganti The Beatles di Star-Club, Hamburg sebagai band rasmi. Orang German menggelar mereka sebagai The Female Beatles.
Mereka sempat merakam dua buah album dan empat singles serta mengikuti jelajah bersama The Rolling Stones dan The Kinks. Mereka juga mempunyai kenangan manis membalut ganja untuk Jimi Hendrix. 🤣
Sayangnya, semuanya berakhir apabila pemain dram mereka mengandung dan dinasihatkan untuk tidak lagi bermain muzik. Mereka tidak sempat mengecap kejayaan dan mengikut jejak langkah The Beatles sebagai band paling popular di dunia.
Ikuti dokumentari menyayat hati terbitan The New York Times bersama dua orang anggota mereka yang masih hidup, Mary McGlory dan Sylvia Saunders ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.
“We started as friends, and we ended as friends.”