Cigarettes and Valentines: Album Green Day Yang Hilang

oleh Azam Gilmour
1.9K bacaan

Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan Cigarettes and Valentines dalam diskografi Green Day. Atau mungkin pengikut setia band aliran East Bay Punk Rock tahu kewujudan dan cerita di sebalik lost album ini.

Cigarettes and Valentines dirancang untuk menjadi album studio ke-7 Green Day selepas rilisan Warning. November 2002, album itu hampir siap tetapi master tape-nya telah dicuri dari studio mereka. Dari situ mereka mulakan balik rakaman, dengan tidak menyambung kesudahan album itu dan terus mencipta American Idiot (2004).

Mereka sebenarnya dapat mencari dan memulihkan material tersebut, tetapi mereka memutuskan untuk mengolah kembali beberapa trek dari album itu dan keluarkan sebagai B-Side untuk single American Idiot. Ada beberapa trek juga turut dirakamkan kembali dan dimasukkan ke dalam album kesebelas mereka, ¡Tré!.

Cigarettes and Valentines juga dibelenggu dengan spekulasi dari peminat. Salah satu spekulasi yang paling popular adalah kononnya Green Day membuat Money Money 2020 sebagai album studio band projek mereka, The Network. Tetapi mereka menafikannya.

Green Day berkongsi sedikit info tentang album yang tidak sempat dikeluarkan itu. Pada 28 Mac 2010, mereka telah ditemubual oleh stesen radio Q104.3, dan mereka meyakinkan pendengar bahawa lagu Too Much Too Soon adalah dari album Cigarettes and Valentines.

DJ Rossstar menemubual Mike Dirnt pada 26 Februari 2011, di mana soalan terakhir yang ditanya tentang lagu-lagu yang ada di dalam album itu, Mike menjawab Dropout dan Sleepyhead. Menurut Rossstar, Mike juga pernah memberitahu beliau beberapa tahun sebelum itu, lagu Walk Away juga tersenarai dalam album itu. Dalam sesi rakaman Warning mempunyai lagu yang bertajuk Wasteaway, tetapi mungkin Rossstar maksudkan Wasteaway.

Billie Joe Armstrong mengatakan lagu-lagu dalam album itu bagus, lagu-lagunya seperti campuran antara Nimrod dan Warning. Bagaimanapun, beliau menggelar pencuri itu sebagai blessing in disguise dan mempercayai bahawa album itu bukanlah maximum Green Day. Produser Green Day, Rob Cavallo, memberitahu Green Day yang album itu biasa-biasa sahaja.

Bagaimanapun Mike mengakui yang rakaman-rakaman itu di backup tetapi tidak sama isinya seperti yang telah dicuri. Dalam temubual yang sama, Mike menyatakan bahawa dia yakin bahawa pencuri itu akan bocorkan lagu-lagu dalam album itu kepada umum. Mike mengharap, “Mereka (pencuri) memberi kulit muka hadapan yang baik-baik.” Dalam temubual bulan November 2016 bersama NME, Billie Joe mengesahkan album itu ada di dalam “peti besi” mereka.

Senarai lagu yang diketahui:
1. Cigarettes and Valentines – telah dimainkan secara langsung beberapa kali; 30 Ogos 2010 di Phoenix, Arizona dan dimasukkan ke dalam album live mereka, Awesome as F**k.
2. Too Much Too Soon – Lagu B-side kepada sesetengah single American Idiot; disahkan dalam temubual Mike di Q104.3 bulan Mac 2010.
3. Sleepyhead – Disahkan dalam temubual Mike Dirnt bersama DJ Rossstar pada 26 Februari 2011.
4. Dropout – Juga disahkan dalam temubual Mike Dirnt bersama DJ Rossstar pada 26 Februari 2011.
5. Walk Away/Wasteaway – DJ Rossstar memberitahu Mike Dirnt dalam temubual mereka bahawa Mike Dirnt pernah memberitahunya lagu-lagu yang terkandung dalam album Cigarettes and Valentines; dan lagu itu dikeluarkan dalam album ke sebelas mereka ¡Tre! lebih kurang dua tahun selepas itu.

Nota: Sleepyhead, Dropout, dan Wasteaway adalah outtakes dari sesi rakaman Warning. Gambar yang disertakan bukanlah gambar rasmi album, hanya gambar lukisan dari peminat.

Adakah Green Day akan rakamkan kembali lost album ini? Atau hanya akan biarkan tersimpan di dalam peti besi mereka?

#AzamGilmour #MAMY #MusicAddictsMalaysia #GreenDay #CigarettesAndValentines #LostAlbum #PopPunk #EastBayPunkRock #Trivia

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅