Syd Barrett: 8 Perkara Kalian Tidak Tahu Tentang “Crazy Diamond”

oleh Azam Gilmour
1.7K bacaan

Selepas Pink Floyd terbang tinggi hingga ke orbit, Syd meninggalkan sebahagian kecil dalam Pink Floyd tetapi diingati sehingga hari ini. Beliau merupakan seorang penulis lirik dan pencipta lagu dibelakang karya pertama Pink Floyd, The Piper at the Gates of Dawn, sebuah masterpiece yang keluar pada 1967, dan berjaya membantu perkembangan muzik psychedelic ketika itu. Genius kreatifnya tergelincir dengan keruntuhan psikologi dengan penggunaan dadah jenis LSD, sehingga anggota lain terpaksa singkirkan beliau pada tahun 1968. Walaupun Syd memimpin Pink Floyd tidak sampai dua tahun dari tiga dekad kewujudan Pink Floyd, Syd tetap punya peminat sendiri hingga hari ini, walaupun hanya satu album penuh bersama anggota lain, dan serpihan lain di dalam album kedua A Saucerful of Secrets, beberapa singles bersama Pink Floyd, dan beberapa album solo.

“Aku fikir aku tidak mudah untuk dibicarakan,” kata Syd kepada majalah Rolling Stone pada tahun 1971. Beberapa tahun selepas itu, Syd harus tinggalkan karier muziknya sepenuhnya dan tidak lagi bercampur dengan kehidupan awam.

Pada akhir hayatnya, Syd kembali menggunakan nama sebenarnya, Roger Keith Barrett, dan terus dalam peranannya sebagai pelukis amateur tempatan di tempat asalnya Cambridge, England. Seorang rockstar, sudahpun meninggalkan berdekad lamanya dalam muzik, sebelum meninggal dunia pada 7 Julai 2006 akibat barah pankreas menjengah tubuhnya.

Jika Syd Barrett masih hidup, Syd berusia 75 tahun hari ini. Sempena ulangtahun ke-75 Syd, Penulis sediakan beberapa fakta yang tidak atau kurang diketahui umum tentang Syd Barrett.

1. Syd pernah cuba menganggotai bidang keagaaman Sikh sebelum berjaya sebagai pemuzik.

2. Cipta single pertama Pink Floyd Arnold Layne tentang pengalamannya melihat seorang pencuri seluar dalam perempuan di Cambridge.

3. Salah satu daripada lagu Syd yang belum pernah dikeluarkan adalah Vegetable Man. Dan secara rasminya telah dikeluarkan dalam sebuah box set Pink Floyd, The Early Years 1965-1972, pada tahun 2016.

4. Lagu terakhir yang Syd cipta bersama Pink Floyd pada tahun 1967 agak mustahil dimainkan, dan sehingga kini tidak tahu tajuk dan bagaimana lagunya.

5. Meninggalkan kota London untuk kebaikannya, beliau kembali ke rumah ibunya sejauh 80 km, dengan berjalan kaki!

6. Syd mengarang sebuah buku yang tidak diterbitkan mengenai sejarah seni lukisan.

7. Seorang yang aktif sebagai tukang di rumah.

8. Menonton dokumentari tentang kehidupannya sendiri dan tidak menyukainya.

Berikut adalah lagu pilihan Penulis untuk tatapan kalian:

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #SydBarrett #75thAnniversary #HappyBirthday #PsychedelicRock #Rockstar

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅