Emosi Transitions menerusi ‘In Between’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
912 bacaan

Perjalanan emosi tahun 2021 ini diteruskan oleh sebuah kugiran yang berlandaskan alternative emo iaitu Transitions di mana mereka telah memuatnaik single In Between pada 30 Disember 2020 yang lalu serta pelancaran EP kedua yang bertajuk Reimagined pada 1 Januari 2021.

Tidak dinafikan Transitions sangat aktif pada tahun 2020 walau dalam keadaan pandemik Covid-19 yang tidak berkesudahan. Setakat ini, mereka telah melaksanakan siri jelajah ke Bangkok dan Hanoi, selain menjuarai pertandingan Laga Maya dan berentap di separuh akhir Anugerah Lagu Indie 2020.

Agak mengejutkan penulis apabila single In Between ini sangat berbeza berbanding lagu-lagu yang pernah dikeluarkan mereka sebelum ini. Ia bagai memberi sebuah bayangan emosi yang tidak akan berakhir di kayangan. Lirik yang puitis, susunan lagu yang mantap, di sudut instrumen pula mereka telah menyampaikan bunyian yang segar dan vokal Adam Mahamat yang merdu serta kualiti mereka yang tidak harus dipersoalkan lagi. Memang surr teruk! Ditambah pula dengan video muzik yang sangat ke hadapan dan kemas.

Seperti yang penulis nyatakan, mereka juga telah melancarkan EP kedua mereka iaitu Reimagined di semua platform strim digital. Walaupun penulis mengharapkan bunyian amarah dari Shahril menerusi EP ini tapi tidak mengapa. Mereka telah membuktikan bahawa EP terbaru ini telah digarap dengan sangat baik ibarat menikmati roti canai yang ditebar dengan gaya terbang-melayang.

Tahniah dan syabas buat Transitions. Semoga kalian terus maju ke hadapan dan teruskan bunyian alternative emo di masa akan datang. Adios!!!

Ikuti Transitions di:

Facebook

Instagram
Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅