ANGQASA x Sanggarliris Luncur Split-EP Dua Hala – ‘Janat//Narak’

oleh Anome
1.1K bacaan

Pemuzik dan produser yang berasal dari Kuala Lumpur, ANGQASA dan Sanggarliris telah mengumumkan pelancaran  debut EP mereka, Janat//Narak pada 22 Februari 2022. Janat//Narak merupakan sebuah split-EP yang hadir dengan 8 trek dan jangka masa selama 36 minit 06 saat.

Menurut mereka berdua, konsep EP ini hadir berdasarkan kekuatan persona Alvin Seah dan Kamil sendiri. Ia membicarakan tentang dua alam dan dimensi yang selari, dengan setiap artis mempersembahkan 4 trek yang sememangnya berlawanan dan kontra di antara satu sama lain.

Di dalam 4 trek pertama, ANGQASA memahatkan bunyian alam dan cakerawala bagi melengkapkan naratif Janat. Manakala untuk lebihan 4 trek lainnya pula, Sanggarliris membawakan bunyian yang malap, seperti bunyian dari neraka untuk Narak.

Jika diibaratkan Janat//Narak sebagai sebuah album runut bunyi filem, Janat boleh digambarkan sebagai runut bunyi untuk filem-filem adaptasi karya John Greene. Manakala Narak pula lebih ke arah runut bunyi filem sci-fi yang berkisar mahkluk-makhluk gelap dan kehancuran dunia.

Mari kita selusur wawancara bersama watak-watak di sebalik ANGQASA dan Sanggarliris;

Tahniah Alvin untuk pelancaran debut EP ANGQASA bersama Sanggarliris. Boleh kongsikan apa perasaan anda tentang projek Janat//Narak ini?

“I have been co-writing songs and producing music for other artists but never had the commitment to release my own material. When Kamil (Sanggarliris) approached me to do this split EP project, I jumped at the opportunity. This marks the beginning of my journey as an artist and I hope it will be a long one. I’m truly happy that I have met many talented musicians and songwriters along the way.”

Kamil, anda menyatakan bahawa Sanggarliris merupakan sebuah collective band yang gemar menggambarkan diri mereka melalui instrumentasi. Boleh jelaskan lebih lanjut mengenai terma ‘collective band’?

“It is exactly like how you would imagine a band should be, except there are no band members. Sanggarliris is not owned by just one person. Anyone who collaborates with Sanggarliris, is Sanggarliris. For this release, Sanggarliris is a collective collaboration between me, Azril Ramli and Zalwana Jay. For future releases, the line-up might change.”

Adakah projek ini merupakan one time project atau para pendengar bakal menemukan lebih banyak rilisan daripada ANGQASA dan Sanggarliris pada masa akan datang?

“This will not be the only time we will collaborate. In fact, there is already another project in the pipeline, which with any luck will also be released this year.”

Alvin dan Kamil berkenalan antara satu sama lain melalui sebuah sesi di Clubhouse di tengah kebosanan Perintah Kawalan Pergerakan. Meski mereka belum pernah bersua muka secara nyata, minat masing-masing terhadap bunyian ambient dan muzikaliti post-rock menjadi titik tengah yang menyatukan.

Janat//Narak diedarkan oleh Synkroni Studi dan album ini boleh didapati di platform penstriman seperti Spotify, Tidal, Joox, Apple Music, dan pelbagai. Ikuti juga laman sosial Instagram rasmi ANGQASA dan Sanggarliris untuk rilisan akan datang.

Janat//Narak

ANGQASA

Sanggarliris

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅