Antara ‘Jiwang’ Dan Keindahan Kundasang – ‘You’ Oleh Aizzudin Madani

oleh Mohd Aqil Aiman
577 views

Setelah Let’s Begin, Sunflower dan Can We diluncur pada beberapa bulan lepas, Aizuddin Madani, penyanyi yang berasal dari Sabah ini sekali lagi memberi petunjuk kepada pendengar untuk album sulungnya, Let’s Begin yang bakal diterbitkan pada Oktober ini.

Single keempat dari album perdana beliau, You telah dimuatnaik bersama video muzik (MV) rasmi pada 24 Julai 2021 lepas ke saluran YouTube dan platform-platform strim digital.

MV ini menarik hati penulis kerana ianya memaparkan keindahan kota Kundasang, Sabah. Yang lebih menarik, kakak kepada Aizuddin sendiri iaitu Qamarani Madani merupakan orang kuat dalam penghasilan MV ini kerana beliau dan penyanyi bekerjasama dalam penghasilan naskah ini.

Bila dilihat pada bait-bait lirik yang disusun kemas oleh Aizuddin, kita dapat rasakan bahawa move on itu bukan sesuatu yang mudah. Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada beliau tetapi berkait rapat dengan setiap manusia di muka bumi ini. Walaupun isi lagunya agak ‘jiwang,’ ia tidak menghalang Aizuddin untuk mempersembahkannya dalam rentak yang catchy. Dua kali layan dah boleh singalong.

Akhir kata, semoga kita yang belum move on terus kuat menjalani kehidupan dan buat mereka yang mahu mendengar karya serta melihat keindahan Sabah, boleh terus ke saluran YouTube Aizuddin Madani.

Jangan lupa juga untuk ikuti Aizuddin Madani di:

Instagram

Twitter

Facebook

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati