Post-Rock Goes Electro Dalam RDJ : Remix

oleh Rahmat Mohd Did
1.4K bacaan

Setelah genap setahun EP Runut Dalam Jeda diluncur, unit sonik instrumental/ post-rock Kuala Lumpur, MIM mengumumkan buah tangan baharu, sebuah projek kolaborasi bersama karyawan synthpop Malaysia, Late Night Frequency dan pemuzik ambien, ANGQASA dalam menghasilkan EP RDJ : Remix yang mengandungi tujuh buah lagu keseluruhannya. Late Night Frequency dipacu oleh Moja Husni – juga merupakan ahli kumpulan Monalyssa, Shuuna dan kini sedang menaikkan nama Late Night Frequency. ANGQASA pula adalah sebuah projek solo yang dikendali oleh Alvin Seah, yang mempunyai minat mendalam terhadap muzik ambien/ post-rock.

MIM, Late Night Frequency dan ANGQASA:

Late Night Frequency dan ANGQASA berganding bahu dalam menghasilkan tiga buah lagu remix iaitu Demon, Exequy dan Remedy, manakala lagu yang berbaki dalam RDJ:Remix dihasilkan sendiri oleh ahli kumpulan MIM, iaitu Neo Zora dan KG.

Reimaginasi ini akan diperkenalkan pertama kali secara atas talian pada 28 Julai 2021 di saluran YouTube Atas Angin, di mana MIM dan Late Night Frequency akan membuat persembahan untuk sebuah festival muzik atas talian, “Indie Dari Rumah.”

Kepada yang berminat untuk menikmati atau membeli rilisan terbaharu MIM ini, boleh layari pautan Bandcamp mereka. Post rock goes electro, takkan tak teruja nak dengar, kan? Walaupun bukan material baharu, projek-projek sebegini membuktikan bahawa pemuzik-pemuzik tempatan kekal wujud dan terus relevan, waima pandemik melanda sekalipun.

Ikuti mereka di Instagram:

MIM

Late Night Frequency

ANGQASA

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅