Biarpun pandemik yang merempuh kita semakin menggila, Karazy dan Esty Richard mara dengan lagu yang boleh dikatakan sesuai bagi kaki ‘midnight driving’. Through My Mind merupakan buah tangan terbaharu dari mereka yang telah melalui sesi diskusi yang sukar melalui perjumpaan dalam talian.
Seperti kita semua tahu, di waktu-waktu sukar sebegini pastinya kita akan merindui seseorang yang istimewa. Lirikal ‘Through My Mind‘ ini asasnya adalah menyampaikan kerinduan pada yang tersayang. Lebih mengejutkan, produser lagu ini, Karazey baru berusia 18 tahun! Genius sekali kerana beliau menghasilkan trek ini tanpa peralatan studio yang lengkap dan hanya menggunakan komputer riba! Fuh mantap beb!
Sekitar zaman kegemilangan kugiran tempatan yang tumbuh bagai cendawan pada tahun 2009 hingga 2015, Esty yang juga bekas penyanyi utama kugiran pop rock ‘Once Upon A Time There Was A Sausage Named Bob’ berjaya menghasilkan rilisan single berjudul ‘Cupid’s Fall’ yang mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 3.1 juta di YouTube. Malah single tersebut ditampilkan istimewa di dalam filem ‘Long Distance Relationship’ terbitan Grim Film.
Minit pertama lagu berjaya membuatkan penulis berasa lagu ini memang sesuai didengarkan di dalam kereta kerana rentak yang catchy, bass yang padu selain alunan vokal Esty yang mantap. Antara petikan lirik yang menarik bagi penulis dan masih terngiang adalah seperti dibawah:
“You keep runnin through my mind,
All the time,
Wanna make it with you.
My hearts blowin outta time,
Cross the line,
Kinda wished it was you. “
Ikuti Karazey:
Ikuti Esty Richard: