Ushera tampil dengan lagu raya kedua nyanyiannya berjudul Kembali. Lagu yang terarah kepada muzik Ghazal Melayu tradisional ini merupakan nukilan penulis lirik Raihani Mohd Saaid dan Ushera sendiri. Melodi lagu ini pula digubah dengan sentuhan unsur-unsur Ghazal oleh Ghanesh Bala.
Menurut Ushera, “Kembali merupakan satu cabaran untuk saya kerana saya perlu menguasai vokal yang tinggi dan tingkat suara yang berlainan. Apatah lagi genre Ghazal Melayu adalah warisan tradisi yang amat unik menggabungkan pantun atau sajak yang telah berevolusi sejak berabad lamanya di negara kita.”
Kembali adalah lagu raya kedua Ushera selepas Suka Ria Raya pada tahun 2017. Sebagai seorang penyanyi yang tidak asing lagi dengan kebolehan menyanyikan lagu-lagu klasik Melayu lama, Ushera berhasrat untuk berkongsi lagu ini dengan semua peminat muzik tempatan yang rata-rata tidak dapat pulang ke kampung halaman pada tahun ini disebabkan halangan untuk merentas negeri.
Kembali boleh mula dinikmati di semua pelantar digital dan aplikasi penstriman muzik bermula pada 1 Mei 2021.
Ikuti Ushera di: