Pretty Ugly lancarkan album kedua mereka Transformasi ke Stereo hari ini pada 2003.
Album kedua ini lebih mendapat sambutan dengan lagu seperti Francis Ford Coppola, tentang karya baru oleh pengarah tersohor Amerika, Francis Ford Coppola, yang seakan kekeringan idea dan pudar sentuhan emasnya. Unik pada ketika itu kerana tiada lagi lagu sedemikian dihasilkan oleh artis tempatan.
Encik Ronald Moore pula dihasilkan dari berita dunia di keratan akhbar Berita Harian. Kisah bagaimana seorang lelaki mabuk yang menyuruh anaknya menembak beliau hingga mati menggunakan pistol point 22 (.22).
Lagu ini tidak dibenarkan dimainkan di radio kerana mempunyai unsur membunuh diri yang sangat jelas. Nyanyian Neves amat unik dalam lagu ini.
Selain dua lagu di atas, lagu apa kalian minat dalam album kedua mereka ini?
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #PrettyUgly #TransformasiKeStereo #AnniversaryAlbum