Iqbal M., band indie rock yang menjadi siulan peminat muzik tanah air baru sahaja mengeluarkan sebuah single berjudul Kita Mesti Jumpa (KMJ) pada 3 Mei 2021 bersempena sambutan perayaan Aidilfitri 2021.
Unit ini telah mengeluarkan album pertama pada 2019 iaitu Perasan Sedih Janganlah Kau Bimbang (PSJKB) dan disambut baik oleh anak muda. Album ini terjual secara fizikal sebanyak 4,000 salinan dan turut memenangi pelbagai anugerah di Tapau Awards 2019.
Menerusi single KMJ, penulis berpendapat ia adalah rilisan Iqbal M. yang tidak cliché dari sudut lirik. Tiada elemen “Miskin Kaya Sama Sahaja”, permainan instrumen yang cantik dan secara tiba-tiba ada cedukan lagu P. Ramlee. Di bahagian mana? Dengarkan sendiri. Sejujurnya, penulis agak terpegun dengan bunyian synthesizer yang terhasil di beberapa bahagian, seperti membawa kembali vibe 80-an. Itulah Iqbal M. yang dianggotai oleh Iqbal (Vokal, Akustik Gitar, Synthesizer), Johan (Gitar), Shah (Bass), Fei (Gitar), dan Aidil (Adam, Perkusi). Dan yang lebih mengejutkan, single KMJ ini mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
Menurut Iqbal M:
“Bukan sesuatu yang mudah untuk membuat lagu raya ni, kerana mungkin sebab kita semua dah biasa dengan lagu-lagu raya lama yang dah tertanam dalam diri masing-masing, sampaikan susah untuk kita cuba menerima gaya baru lagu-lagu raya yang ada.”
Lagu Kita Mesti Jumpa ini pun terlahir secara tidak sengaja, semasa Iqbal sedang membuat IG Live di akaun instagramnya pada ketika itu (3 tahun lepas). Para penonton pada ketika itu, bertanyakan kepadanya “IQBAL M. takde lagu raya ke?” dan langsung Iqbal terus nyanyikan secara spontan. Dan rata-rata respon orang pada ketika itu menyukai akan lagu tersebut. Dan akhirnya, inilah lagunya.
Pengalaman merakamkan KMJ ini juga satu cara kerja yang baru digunakan. “Kami tak pernah jamming bersama pun lagu ni. Lepas Iqbal hantarkan file demo, dan masing-masing meletakkan idea masing-masing, terus sahaja rekod.” Selain menggunakan produser yang sama semasa PSJKB album dahulu, IQBAL M. menggunakan khidmat Bijan (Atas by Bijan FX) untuk proses adunan lagu, manakala untuk proses mastering dibuat oleh Felix Voon.
Kalian boleh mendengarkan single KMJ ini di semua Platform Digital dan jangan lupa, jaga SOP dimana sahaja kalian berada. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Ikuti Iqbal M. di: