Band pop punk/ alternative rock ‘longgar dan rabak’ Revolence kembali dengan single terbaru berjudul Metaphora pada 7 mei 2021 dan kini boleh dinikmati di saluran YouTube mereka.
Masih mengekalkan sound dan attitude yang sama seperti trek-trek sebelum ini, Metaphora juga turut mencuba sesuatu yang baharu dengan menyelitkan elemen rap di pertengahan lagu. Menurut mereka, lagu ini mengisahkan tentang “Perjalanan kami dalam mengharungi segala cabaran yang mendatang dalam mencapai matlamat kami.”
Kugiran yang ditubuhkan di Rawang, Selangor ini diasaskan pada tahun 2020. Setelah melalui beberapa kali pertukaran ahli dan posisi, kini mereka dianggotai oleh Daus (vokal/ gitar), Nikki (gitar utama), Collapes Kamzleen (bass) dan Redza (pemain dram).
Ikuti Revolence di: