“BLEGH!”
Itu merupakan trademark bagi band yang berasal dari UK ini, atau lebih tepat lagi, trademark sang vokalisnya, Sam Carter. Selepas pemergian gitaris utama mereka Tom Searle yang juga merupakan penulis utama, Architects tidak berhenti di situ. Album yang dirilis pada 26 Februari 2021 ini memuatkan sebanyak 15 buah lagu yang menampilkan beberapa nama besar seperti Winston McCall (Parkway Drive) dan Mike Kerr (Royal Blood).
Vokal yang ditampilkan oleh Sam Carter juga tidak mengecewakan walaupun elemen jeritan trademark “BLEGH” telahpun serta merta digugurkan kerana beliau berpendapat tujuan utama penubuhan Architects adalah untuk melihat beliau menyanyi dan bukanlah menjerit sepenuhnya dalam sesebuah lagu. Clean vocal yang ditampilkan oleh Sam boleh dikatakan sedap didengari kerana kawalan suara yang baik berjaya dibawa.
Dalam trek keempat, Discourse Is Dead penulis merasakan roh Tom seakan wujud dalam lagu ini kerana corak permainan gitar dan juga penulisan liriknya yang menarik perhatian pendengar.
Buat mereka di luar sana, anda boleh dapatkan album fizikal mereka dari mana-mana ‘dealer’ yang tersedia dan anda juga boleh meluncur secara digital melalui platform seperti Spotify dan Youtube.