Estranged Kejutkan Peminat Dengan ‘Tujuan’

oleh Mohd Asyraf Firdaus
1.2K bacaan

Estranged yang pernah merangkul gelaran juara Kategori Pop Rock dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-22 dengan membawa hits Itu Kamu, di samping EP terakhir mereka Sepenuhnya yang menampilkan pelbagai hits seperti Hancur Aku dan Seperti Yang Dinantikan membuka tirai tahun 2021 dengan single yang berjudul Tujuan. Lagu ini dirilis bersama MV pada 26 Februari 2021 yang lepas.

Pada pandangan penulis lagu ini agak berbeza hala tuju jika dibandingkan dengan album pada awal kemunculan mereka. Namun, jika anda telah khatam habis album terakhir mereka iaitu Sepenuhnya maka bunyian dalam lagu Tujuan ini dapat diterima baik.

Selain itu, susunan penceritaan dalam MV juga disusun dengan rapi sekali oleh gitaris mereka Din Hormatov yang turut dibantu oleh Alena Murang. Identiti muzik mereka yang terkenal dengan bunyian ala-ala Borneo juga merupakan kekuatan utama bagi band ini. Di samping itu, penulisan lirik oleh Richael Gimbang selaku vokalis juga masih mantap seperti empat tahun yang lepas!

Keseluruhannya, pada pandangan penulis Estranged telah make my day kerana kembali dengan single bersama MV yang menarik untuk ditonton.

Luncuri muzik mereka di platform digital Youtube dan Spotify!

Ikuti Estranged di:

Facebook

Instagram

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅