Kolaborasi Ras dan Man Kidal Lahirkan ‘Salam Qaseh’

oleh Rahmat Mohd Did
1.6K bacaan

Rindu alunan slow rock yang pernah menguasai radio-radio tempatan suatu ketika dahulu? Kugiran Ras dari Kuantan ada jawapannya. Single terkini mereka, Salam Qaseh yang diluncur pada hujung tahun lepas bukan sahaja mengembalikan nostalgia peminat genre ini, malah turut menjemput sang legenda, Man Kidal sebagai penerbit dan gitaris jemputan!

Ditubuhkan pada tahun 2003, Ras dianggotai oleh Acong (vokalis), Farid (gitar), Budi (bass), Kay (drum) dan Manaf (piano/ keyboard. Menurut mereka, perkataan Ras dipetik dari kamus yang membawa makna rumpun atau bangsa.

Ras mempunyai pengalaman luas membuat persembahan di Pantai Timur dan telah menyertai pelbagai pertandingan sepanjang penglibatan mereka sebagai sebuah kumpulan rock termasuk Yamaha Asian beat, Rentak Juara RTM, Battle of the Band serta turut terlibat dalam pertandingan muzik sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negeri Pahang beberapa lagi pertandingan skala kecil yang lain.

Mereka sempat merakamkan album pertama pada tahun 2008 berjudul Ras Made in Kuantan yang mempertaruhkan lagu balada rock Nyata Terpisah dan lagu rancak 123 Cinta. Kesemua lagu dalam album ini adalah ciptaan mereka sendiri.

Setelah hiatus agak lama, mereka akhirnya bergabung semula pada tahun 2020 dan menghasilkan single Salam Qaseh yang dijangka memberi impak kepada industri muzik tanah air. Menariknya, mereka merakamkan lagu ini dengan kolaborasi gitaris legenda Malaysia, Man Kidal. Lagu berentak slow rock ini dicipta oleh saudara Syed Amran Al Yahya manakala liriknya dinukil oleh saudara Zainal Rashid Ahmad.

Ras berharap dengan kelahiran single Salam Qaseh ini mampu membawa nama dan muzik mereka ke arus perdana setelah sekian lama bermain muzik di peringkat tempatan sahaja.

Kepada yang belum mengenali mereka, boleh cuba dengarkan single ini. Sokong usaha pemuzik tempatan yang mengembalikan semula era rock kapak!

Ikuti Ras di:

Facebook

Instagram

YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅