Au Revoir Daft Punk: 4 Kolaborasi Terunggul Mereka

oleh Music Addicts Malaysia
1.2K bacaan

Semalam (23 Februari 2021) adalah hari yang menyedihkan apabila duo Guy-Manuel de Homem-Christo and Thomas Bangalter yang lebih dikenali sebagai Daft Punk mengumumkan perpisahan mengejut selepas 28 tahun dalam industri. Ramai di antara kita yang membesar di era 90an hingga awal millenia mengenali mereka dengan kejutan French House Movement yang dipelopor oleh Motorbass.

Sepanjang sejarah mereka, hanya empat buah album studio yang pernah dikeluarkan. Selebihnya hanyalah kolaborasi, projek filem dan album runut bunyi. Album terakhir mereka, Random Access Memories (2013) adalah mahakarya yang menunjukkan kreativiti unggul serta ‘surat cinta’ kepada kenangan muzik awal 80an.

Mungkin ada yang pernah menonton filem musikal Interstella 5555: The 5tory of the 5ecret 5tar 5ystem (2003), kolaborasi Daft Punk dan Kazuhisa Takenouchi. Bagi aku ini adalah influence terbesar dalam house music. What a memories!

Berikut adalah empat kolaborasi terbaik Daft Punk:

1. Teriyaki Boyz – Heartbreaker

Dari album Teriyaki Boyz, Beef or Chicken (2005).

2. Kanye West – Stronger

Dari album Kanye, Graduation (2007).

3. N.E.R.D – Hypnotize U

Dari album N.E.R.D, Nothing (2010).

4. The Weeknd – StarBoy

Dari album The Weeknd, Starboy (2016).

Selain muzik, Daft Punk juga berkolabrasi dengan:

Adidas Originals x Star Wars

Untuk Adidas Star Wars Ad. pada tahun 2010.

Selain itu, antara pencapaian terbaik Daft Punk sepanjang 28 tahun mereka dalam Industri:

1. The International Dance Music Festival: Best Dance Artist Group untuk tahun 1998, 2002 dan 2008.

2. Best Commercial/ Pop Dance Track untuk 2014 melalui Lagu Get Lucky.

3. Grammy Awards: Best Electronic/ Pop Dance Album untuk tahun 2009 dan 2014 melalui album Alive 2007 dan Random Access Memories.

4. Best Album of The Year untuk tahun 2014 melalui Random Access Memories manakala Records of The Year untuk tahun 2014 melalui lagu Gets Lucky.

Dan akhirnya pada 22 Februari, 2021, Daft Punk mengumumkan perpisahan mereka melalui video Epilogue yang merupakan sedutan klip dari filem mereka, Daft Punk’s Electroma yang ditayangkan di Cannes Film Festival pada 2006.

Selamat jalan Daft Punk. Segala karya kalian akan terus segar dan dikenang sehingga penghujung waktu!

“Like the legend of the Phoenix, all ends with beginnings.”

Au revoir!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅