Panglima gitar hero Dave Mustaine (Megadeth) telah mengumumkan penglibatan dalam syarikat pengeluar gitar GIBSON yang dilaporkan akan menghasilkan koleksi gitar terbaru beliau di bawah edisi ‘Rust In Peace’.
Ini juga menandakan langkah strategik terbaru Dave setelah 15 tahun bersama syarikat pengeluar gitar DEAN sebelum ini.
Mengikut sumber, Gibson akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 3 versi gitar elektrik dan 1 versi akoustik edisi Dave. Ini termasuklah yang paling ditunggu-tunggu iaitu edisi ulangtahun Dave Mustaine Flying V 30th Anniversary ‘Rust in Peace’.
Berikut ialah antara gambar-gambar koleksi panas gitar Dave oleh GIBSON yang bakal dipasarkan (‘setim’ tengok, lagi-lagi ada maskot Vic Rattlehead):

Kepala Gitar Dave dengan Maskot Vic Rattlehead
Antara yang lain ialah Dave Mustaine Flying V EXP (silver metallic) dan Kramer Flying V Vanguard (warna kayu pokok).
Dijangkakan juga akan terdapat 3 jenis model iaitu Gibson (harga premium), Epiphone dan Kramer (harga sederhana) bagi keluaran koleksi Dave ini. Tag harga premium mungkin mencecah sehingga RM50,000 sebiji.
‘Rust In Peace’ (1990) merupakan album terbesar Megadeth dan koleksi gitar ini adalah julung-julung kali dikeluarkan sempena ulangtahun ke-30 album tersebut.
#ChivasAlexandria