Daft Punk Gantung Topeng, Ini 5 Lagu Terbesar & Terhebat Mereka

oleh Chiv Iscandar
1.6K bacaan

Hari ini, Daft Punk mengumumkan pembubaran mereka setelah lebih 20 tahun sepanjang karier mereka dengan imej topeng sci-fi ala predator. Duo elektronika berasal dari Paris yang dianggotai oleh Guy Manuel de Homem-Christo dan Thomas Baltanger, mereka telah lama berkecimpung dalam dunia muzik elektronik sejak pertengahan 90-an dan merupakan pemula gerakan awal French House. Selain kolaborasi lagu-lagu dengan banyak artis tersohor, mereka juga menghasilkan soundtrack bagi filem Tron: Legacy (2010).

Pembubaran mereka ini digambarkan dalam klip terbaru mereka ‘Epilogue’ menerusi You Tube dan perkara ini juga disahkan oleh jurucakap mereka.

Daft Punk biasa ditandai dengan beberapa elemen ikonik yang menjadi signature karya-karya mereka:

i) Bass line yang meletup-letup dan keluar ‘seketul-seketul’.

ii) Vocoder iaitu efek vokal yang dilapik dengan instrumen keyboard

iii) Kombinasi jazz, funky, 70s disco dan punk dalam rekod mereka

Berikut ialah 5 lagu terbesar Daft Punk yang menunjukkan pengaruh dan keunggulan mereka dalam rekod-rekod antarabangsa:

5. Get Lucky (Pharrel Williams & Nile Rodgers)

Lagu yang merangkul anugerah Record of The Year dalam Grammy 2014, ‘Get Lucky’ ini juga dianggap antara lagu terpenting dekad 2010-an. Lagu ini juga merupakan single daripada album studio terakhir mereka ‘Random Access Memories‘.

Menurut Pharrel, lagu ini penuh dengan flava seksual dan unsur positif berkasih sayang yang perlu didengar semua generasi, terutama kocokan gitar funk Nile Rodgers. Dalam anugerah Grammy 2014 itu juga mereka bertiga dan lagenda artis buta, Stevie Wonder turut bersama mempersembahkan lagu ini.

4. Stronger (Kanye West)

Anda pasti dapat mengenali lagu ini. Lagu rapper Kanye West paling popular yang mengambil sample daripada lagu asal Daft Punk ‘Harder Better Stronger Faster‘ dipetik daripada album Discovery (2001).

3. One More Time

Lagu antem parti daripada album Discovery (2001) ini menjulang Daft Punk ke persada muzik dunia semasa awal era milenial. Album Discovery itu juga disifatkan album yang terpenting dalam permulaan diskografi mereka.

2. Starboy (The Weeknd)

Daft Punk merupakan produser bagi lagu ‘Starboy’ ini iaitu single sulung daripada album terbesar artis R&B/Hip Hop Amerika, The Weeknd yang pertama kali dikeluarkan pada September 2016. Ia mencapai kejayaan besar di arena muzik dan hasil sentuhan Daft Punk, ‘Starboy’ telah menempa The Weeknd ke status artis moden baru R&B terulung dalam sejarah.

Bertemakan pop elektro ala Michael Jackson, ia menampilkan pengaruh Daft Punk sebenar yang kedengaran dalam seluruh lagu.

1. I Feel It Coming (The Weeknd)

Lagu ini tanpa sebarang penafian, adalah masterpiece dan antara karya pop terunggul dekad 2010-an yang juga mendapat sentuhan Daft Punk. Ia juga adalah rekod terbesar The Weeknd dalam karier beliau.

Bertemakan romantisisme pop 80-an dengan percikan vokal The Weeknd, menurut ceritanya Daft Punk membawa demo instrumental lagu ini ke studio dan The Weeknd terus menyempurnakan keseluruhan lirik dalam 1 jam sahaja kerana terlampau sukakannya, selebihnya adalah sejarah seperti tesis kehebatan lagu ‘I Feel It Coming‘ ini sendiri.


Pemergian Daft Punk dalam arena muzik telah mendapat reaksi sedih dan menyentuh hati oleh lapisan peminat-peminat mereka di seluruh dunia tetapi seperti perkara baik yang seharusnya berakhir bila tiba saatnya, rekod-rekod mereka tidak akan hilang dan akan sentiasa memandu zaman.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅