DC Willie mungkin antara rapper paling prolifik di Malaysia ketika ini. Dalam masa kurang setahun, beliau berjaya menerbitkan sebuah album solo, sebuah EP kolaborasi dan beberapa single. Terbaharu, pemilik nama sebenar Wan Qhail Harrith ini meluncur single Upset di saluran YouTube pada 10 Julai 2021.
Rilisan terbaharu ini mengembalikan semula vibe album pertama beliau, Qhail tahun lepas. Menggabungkan Hip Hop dan R&B, ia adalah sebuah naskah patah hati dengan cap dagang seorang DC Willie yang kita kenali. Durasinya agak pendek, hanya tiga minit namun pakej emosi dan jiwa yang dicurahkan mampu memberi kesan berpanjangan kepada yang mendalami.
“Upset adalah sebuah kisah seorang lelaki yang dibuang oleh wanita yang pernah singgah dalam hidupnya. DC Willie terbawa jauh mengikut perasaan dan berfikir tanpa logik akal, buat diri hilang hanyut dan terluka sendiri. Dia terperangkap dengan mainan minda, sesat dan buta. Bagaimanapun, kini dia tidak lagi bisa dan perasaan tersebut dizahirkan melalui lagu.”
Kepada yang ingin mengenali DC Willie, dengarkan lagu-lagu beliau di platform strim digital pilihan anda. Penulis yakin beliau mampu jadi the next big thing dalam skena Hip Hop negara kerana sudah terbukti kreativitinya merentas genre dan karya-karyanya setakat ini semuanya tidak pernah mengecewakan. Hanya pendengar umum sahaja yang perlu membuka telinga dan menerima perubahan agar tidak terus hanyut dengan stail lama. DC Willie adalah prospek masa hadapan yang perlu kita angkat bersama agar pentas muzik negara lebih berwarna-warni.
Ikuti DC Willie di: