‘Kata Hati’ – Luahan Kehidupan TIM

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.1K bacaan

TIM baru sahaja melancarkan single pertama bertajuk Kata Hati, diambil dari album mereka yang akan datang.

Terkejut penulis setelah sekian lama tidak mendengar khabar mereka. Kali terakhir mereka muncul adalah dengan Self-Titled EP pada 2018 dan kali ini kembali dengan single baru.

Kata Hati dimulakan dengan breakdown yang catchy, disusuli dengan riff yang menggiurkan sebelum muncul pula suara vokalis mereka yang melodik, easy listening dan paling penting setiap bahagian lagu ada sahaja cangkuk yang menangkap telinga penulis. Jika kita amati dengan lebih mendalam, pengaruh J-Rock yang dibawa oleh mereka kali ini lebih banyak dan penulis sempat membayangkan jika lagu ini dijadikan soundtrack kepada beberapa anime jepun seperti Naruto, Dr. STONE, Tokyo Revengers, Captain Tsubasa, Sailormoon dan juga Grander Musashi. Kemudian diakhiri oleh breakdown dan scream (terkejut aku).

Penulis sempat berbual dengan Akmal iaitu pengasas TIM tentang kisah di sebalik lagu ini. Berikut adalah jawapannya:

“Lirik Kata Hati ni lebih kepada keputusan yang saya pilih dalam krisis yang saya hadapi,lihat dan dengar setiap hari. Sebab kita semua rasa benda ni cuma cara kita kawal dan luahkan sahaja berbeza. Pasal sesuatu atau seseorang yang pernah buat kita rasa sempurna tapi sempurna itu hadir dalam pergaulan, perjalanan hidup on how we see things as they happen, pendek kata everything happens for a reason la macam tu. Ada orang yang in-denial pasal benda ni, but it is what it is. Benda tu timbul seiring dengan melodi dan vibe lagu tu. Chord progression memang ada ambik element skate punk skit, easycore, modern pop punk, japanese indie-alternatif. Japanese yang paling ketara even ada yang tanya “ini cover Naruto tukar ke bahasa melayu ke. I love Japanese music so much, cuma saya tak berapa ariff nak cover lagu or buat lirik Jepun, saya tahu ramai fan Anime di luar sana yang awesome serta banyak cover bagus mereka hasil kan. Saya just fikir. why not wrote your own song in Bahasa with Japanese vibes. I just love creating.”

Bercakap tentang album mereka yang akan datang, ini jawapan Akmal:

“Cerita Pasal album baru, InshaaAllah akan siap dalam tahun ini dengan izin-Nya. Lagu-lagu dalam album ni sudah di pre-pro sejak 2019 lagi, lepas masuk zaman pandemic saya ter-pause kejap. Masa PKP baru-baru ni saya start balik. PKP atau tidak, saya kena tulis dan keluarkan, tak kisah if it sells or not. Rasa lega bila dapat siapkan satu lagu. Perancangan dalam 10 lagu, kalau ada lagu lebih tu saya letak juga. Projek ni memang 100% saya produced, arranged, mixing dan mastering. Semua dirakam di rumah. To me talent tu adalah practice dan habit, Ianya bukan gift. Interaksi dengan orang, berkawan, support, kongsi sedikit dan yang paling penting jangan lupa diri dengan orang-orang yang pernah tolong kita, guide kita.Talent/ bakat akan tumbuh macam pokok yang kita semai..ewahhh dan album akan di release dalam format CD dan Digital.”

Tahniah buat TIM atas pelancaran single ini. Semoga ia mampu memberi impak yang positif dalam hidup kita. Paling penting penulis merindui mereka untuk beraksi di atas pentas dan tak sabar untuk melihat mereka lagi. Semoga terus maju di masa hadapan!! Adios!!!

Ikuti TIM di:

Facebook

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅