Weezer tampil dengan Teal Album sebagai sebuah penghormatan muzik di era 80’an, dengan menyadur 10 lagu, dan dilancarkan sebagai album saduran. Tetapi berbeza dengan John Mayer, lagu baharu, tetapi bertemakan era 80’an dengan Sob Rock.
John Mayer berkata, beliau berusaha untuk kemas kini suara ketika beliau masih kecil, dengan menyebut U2, Lionel Richie, Paula Abdul – antara nama-nama terpenting dalam muzik pop era 80’an, yang masih lagi segar hingga sekarang, dan seperti pertunjukan semula. Apa yang cuba disampaikan John adalah, beliau cuba menggunakan acuan muzik era itu dengan lebih kemas dan diperhalusi dan menambah perasa baharu untuk zaman kini.
Menampilkan 10 lagu untuk menjadikan sebuah album, dan seawal 2018 lagi sudah lancarkan New Light sebagai single pertama. Selepas beberapa kali penulis mendengar, album ini kemas, ada sedikit suntikan emosi. Bukan hanya pada vokal lunak John, tetapi dengan petikan gitar, keyboard malah dram juga seperi berkata-kata menunjukkan perasaan dan emosi.
I Guess I Just Feel Like dilancarkan pada Februari 2019 manakala Carry Me Away pula dilancarkan pada bulan September berikutnya.
Menurut John, album ini sepatutnya dilancarkan pada pertengahan April 2021, tetapi ditunda ke pertengahan Julai 2021. John lancarkan sebuah lagi single Last Train Home pada awal Jun lalu. John umum akan lancarkan album ini dalam format fizikal juga, vinyl, CD dan kaset.
Sebenarnya penulis tertarik dengan iklan Sob Rock ini. Syarikat rakaman John, Columbia, berkempen besar-besaran yang berkisar pada iklan 80’an. Beberapa bulan sebelum Sob Rock dilancarkan atau diumumkan secara rasmi, sebuah poster misteri muncul dipelbagai lokasi di bandar-bandar di seluruh dunia.
Poster iklan itu menerangkan tentang album ini, tetapi tidak menunjukkan John Mayer akan lancarkan album baharu. Sebuah laman web sobrock.net juga diiklankan pada masa yang sama, dengan “John Mayer Enterprises” dibawah.
Dan Pada 1 Jun 2021, John memutuskan album baharunya akan diberi tajuk Sob Rock, dan terus memberi tarikh album itu akan dilancarkan pada 16 Julai 2021. Dari sini, Columbia Records siarkan Sob Rock secara terbuka dan menyiarkan papan iklan dan poster bertema tahun 80’an untuk promosi album dan single Last Train Home.
Selepas Last Train Home dilancarkan, John persembahkan lagu itu di Jimmy Kimmel Live! pada 7 Jun 2021. John sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan di The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, dan mempersembahkan Shouldn’t Matter But It Does dan Last Train Home.
John juga keluarkan jadual jelajahnya ke seluruh US untuk promosi Sob Rock, yang akan bermula pada 2022.
#AzamGilmour#MusicAddictsMalaysia#MAMY #JohnMayer #SobRock #NewAlbum #NewRelease